5 Biskut Raya Popular dan Pilihan Ramai Setiap Tahun

Setiap tahun, selain dari ketupat, lemang dan rendang, hidangan manisan yang mesti ada kala meraikan lebaran adalah biskut raya. Ia umpama satu kemestian untuk setiap rumah menghidangkan ahli keluarga serta sahabat handai yang datang beraya dengan biskut raya.


Biskut raya yang pelbagai jenis dan rasa punya satu tarikan buat kanak-kanak selalunya kerana bentuk juga rasanya yang hadir dengan variasi rona serta tampak sentiasa menyelerakan.


Saya senaraikan lima jenis biskut raya yang popular serta menjadi pilihan ramai setiap tahun.

Biskut Tart Nenas
biskut raya

Tart nenas punya bentuk bermacam-macam, ada yang digulung dan ada pula yang bulat. Tart Nenas yang sedap mestilah mempunyai kulit yang lembut, tidak terlalu tebal dan terlalu rapuh. Paling penting jem nenasnya, mestilah manis dan padat.


Biskut Cornflakes Madu
biskut raya

Biskut cornflakes selalunya diisi di dalam bekas kecil. Ia juga sering ditambah dengan madu untuk lebih kemanisan dan coklat halus sebagai topping di atas.

Almond London
biskut raya
Almond London ternyata sejenis biskut raya yang tidak sah jika tidak ada kala di hari raya. Berisikan badam di dalam biskut dan diselaputi coklat serta hirisan badam sebagaitopping.

Biskut Semprit
biskut raya

Biskut semprit kadang kala juga hadir dengan dihiasi taburan gula berwarna-warni di bahagian lapisan atas untuk lebih keenakan.


Biskut Batang Buruk
biskut raya

Boleh kata kuih batang buruk setiap kali raya adalah satu kemestian dan sering dinanti-nantikan ramai. Kerangupannya serta hampas biskut juga menjadikan kuih batang buruk satu keistimewaan.

0 comment... add one now