4 Idea Gaya Paling Cool Untuk Raya 2016

Kala tibanya lebaran yang dinanti, majoriti pasti akan tampil dengan gaya dan stail raya masing-masing. Boleh kata semuanya akan serba baru dan segar meraikan Aidilfitri yang datang hanya setahun sekali.

Saya kongsikan 4 idea gaya paling cool untuk raya tahun ini.

1. All-White

All-white

Mengapa tidak? Ramai yang berpendapat memakai helaian serba putih ketika lebaran adalah satu disaster lebih-lebih lagi ketika berkunjungan  ke rumah terbuka. Ton putih dapat melantangkan aura klasik nan mewah dalam pemakaian. Anda cuma perlu lebih berhati-hati ketika menjamu ketupat dan rendang nanti.


2. Lengan Kembang

puff-sleeve

Trend hangat langsung dari pentas peragaan ini terus menjadi pilihan pereka lokal dalam persembahan koleksi lebaran mereka. Selain memberikan siluet yang berbeza, blaus dengan lengan kembang akan membiaskan elemen moden yangtersendiri. Gaya anda pasti lebih mengancam boleh dipadankan bersama beg kepit yang statement. 


3. Seluar Selesa

seluar

Memenuhi jemputan rumah terbuka boleh mengambil masa sepanjang hari. Anda pasti mahukan helaian yang selesa untuk dipakai tapi masih kelihatan sopan dan . Seluar palazzo atau culottes polos adalah pililhan yang bijak untuk dipadakan bersama top kurung atau blaus.


4. Layering Moden

LAYERING

Raya adalah masa terbaik untuk anda melaram sambil bergambar Instagram ataupun Snapchat. Tahun ini apa kata anda bermain dengan ilham padu padan moden ketika berkunjung ke rumah terbuka. Sarungkan jaket atau kimono oversized bersama baju polos dan seluar untuk gaya lebih chic.

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 26, 2016
Layering Modern ! Yeah!