3 Resepi smoothie mudah dan cepat untuk langsingkan badan

banana-smoothie-horz

Wah, minum Smoothie mampu membuatkan perut anda langsing? Yeke ni? Memang betul! Ini kerana Smoothie yang diperbuat daripada perisa asli buah-buahan, mampu memberikan kesan yang baik disamping melangsingkan perut anda.
Malunya, kalau ada kawan-kawan tegur ada ‘baby bump’ walaupun  belum berkahwin lagi.
Sekarang ni, wanita di luar sana tak menjaga pemakanan dan terjadinya perut buncit. Jadi, dengan mengamalkan smoothie dari buah-buahan, tiada lagi perut buncit.
Bukan hanya mampu membuatkan perut tampak kempis, malah tubuh akan lebih ramping dan menawan.
Sekaligus tubuh mendapat lebih banyak khasiat daripada vitamin yang ada pada buah-buahan.
Resipi smoothie  mudah dan cepat ini sesuai untuk diambil ketika sarapan pagi, makan tengahari dan di kala anda bersantai.

Smoothie Mentega Kacang dan Pisang

DSC01224mb
Bahan-bahan:
½ cawan susu tanpa lemak tambahan
½ cawan yogurt tanpa lemak tambahan
2 sudu mentega kacang
¼ dari sebiji pisang
4 ketul kiub ais
Cara penyediaan:
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan proses sehingga menjadi milky dan sebati. Hidang sejuk.

Smoothie Mangga

mango-smoothie-1-of-1-850x636
Bahan-bahan:
¼ cawan buah mangga dipotong kiub
¼ cawan buah avokado ditumbuk
½ cawan jus mangga
¼ cawan yogurt vanilla tanpa lemak tambahan
1 sudu perahan limau kasturi
1 sudu gula
6 ketul kiub ais
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut dan sebati. Hidang bersama sepotong buah mangga atau sebiji strawberi untuk lebih enak.

Smoothie Epal

1306-apple-nut-smoothie
Bahan-bahan:
½ cawan susu soya
¾ cawan yogurt perisa vanila
1 sudu rempah epal pai
1 biji buah epal dipotong dadu dan dibuang kulit
2 sudu mentega gajus
Kiub Ais
Cara penyediaan:
Kisar semua bahan-bahan dalam mesin pengisar selama satu minit. Hidang ke dalam gelas bersama sudu.
Nampak sedap kan? Jom cuba!

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 13, 2016
mintak resepi jugak buat juadah berbuka :)