3 Manfaat Jantung Pisang Untuk Kesihatan Bagi Perempuan


JANTUNG pisang bukan sahaja lazat jika dijadikan sayuran, malah ia juga mempunyai kandungan nutrisi yang baik, termasuk untuk kesihatan perempuan.
Kaya dengan vitamin E dan flavanoid, jantung pisang yang bewarna ungu juga menyimpan nilai kesihatan yang baik untuk mengatasi masalah yang sering dialami perempuan. Antaranya;
1- Mencegah haid berlebihan.
Menstruasi merupakan pengalaman ngeri bagi sesetengah perempuan jika darah yang dikeluarkan melebihi kuantiti normal. Jantung pisang yang direbus dan dimakan dengan yogurt boleh dijadikan ubat bagi mengatasi masalah tersebut. Resepi tersebut akan membantu menstabilkan hormon progesteron dalam tubuh dan akan mengurangi pendarahan.
2- Meningkatkan kuantiti susu.
Kuantiti susu badan yang sedikit semasa menyusukan bayi sering kali menjadi masalah bagi wanita yang bergelar ibu. Dalam senarai makanan yang disarankan untuk menambah kuantiti susu, jantung pisang merupakan salah satu makanan terbaik untuk meningkatkan produksi susu badan.
3- Ubat anti depresi semula jadi.
Perempuan dalam beberapa jangka masa tertentu pasti merasakan depresi dan banyak ubat farmasi boleh didapati. Tetapi, jantung pisang merupakan makanan semula jadi yang boleh membantu melawan depresi dan membuatkan kehidupan seharian lebih positif. Tiada sebarang bahan kimia dan kos mendapatkan jantung pisang juga lebih rendah. 

0 comment... add one now