3 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan Dalam Bulan Puasa

Pernah menurunkan berat badan tetapi tidak berakhir dengan berjaya? Peluang yang cukup baik untuk memulakan semula program diet anda adalah pada bulan puasa. Aktiviti, pemilihan menu makan, serta kawalan diri boleh menyokong penurunan berat badan.

Cuba lakukan 3 perkara yang mudah ini untuk menunjang penurunan berat badan anda selama bulan puasa.
#1 Bersukan
Cuba untuk tetap aktif sepanjang hari ketika berpuasa. Sukan sangat diperlukan di bulan puasa untuk menjaga kesihatan anda. Beberapa sukan yang dapat dilakukan antara lain berjalan, sit up, squats, dan lain-lain. Sukan berperanan penting dalam menurunkan berat badan anda.
#2 Ganti makanan manis dengan kurma
Makan makanan bergoreng, aiskrim, dan kuih manis memang lazat dimakan ketika berbuka. Jika anda ingin melancarkan diet anda ketika berpuasa, ganti makanan manis tersebut dengan kurma, buah, atau jus buah-buahan.
#3 Kawal pengambilan makan
Perkara terpenting adalah mengawal pengambilan makan anda, agar berat badan tidak cenderung naik pada bulan Ramadan ini. Cukup makan secukupnya, jangan terlalu kenyang. Jarak dari jam makan sahur dan berbuka puasa memang cukup panjang, tidak hairan beberapa orang ingin makan lebih banyak masa berbuka puasa. Apabila anda boleh mengawalnya dan melakukan dengan bersungguh-sungguh, pasti penurunan berat badan akan berjaya.
Sumber: Boldsky

0 comment... add one now