2 Formula Ni Kena Kuasai Kalau Nak Beli Kereta Mampu Milik

Ramai orang kata jangan beli kereta dulu bila dapat kerja, kena beli rumah dulu. Tapi kena faham tak semua orang boleh pergi ke tempat kerja menggunakan kenderaan awam. Atau mungkin kalau boleh kos guna pengangkutan awam lagi mahal dibandingkan bayar duit kereta bulanan. 

Jadi, jangan risau. Kitorang nak share 2 formula mudah yang korang kena kuasai kalau nak beli kereta mampu milik. 

1. Cara Pertama 

Harga kereta tidak lebih gaji tahunan anda. Jadi jika anda bergaji RM2700, harga kereta anda mestilah tidak lebih daripada RM32,400.
RM2700 x 12 = RM32,400
Proton Saga FLX pun boleh dapat dah dengan harga RM33k++. Tapi tak glemer lah kalau fresh Banker atau Engineer pakai Proton Saga kan? Paling tidak, nak angkat Toyota Vios, Nissan Almera.. Kan kan?
 

2. Cara Kedua

Ansuran bulan mesti tidak lebih 15% (lagi rendah, lagi bagus) daripada gaji anda. Saya sendiri pakai kereta ansurannya tak sampai 8% daripada gaji isi rumah. Jadi, jika anda bergaji RM2700, ansuran bulanan kereta ideal anda adalah RM405.
RM2700 x 15% = RM405
Jika hanya 15% digunakan untuk beli kereta, baki lagi 85% daripada gaji bolehlah buat simpanan kahwin, simpanan deposit rumah dan lain-lain. Okay dapat?
SENANG CERITA, BELI KERETA IKUT KEPERLUAN.

Habis tu, kalau gaji RM8,000 sebulan memang kena beli kereta berharga RM96,000 ke? Tak.
Beli kereta ikut keperluanlah. Kalau tak perlu kereta mahal, tak perlu kereta besar buat apa beli. Selepas 9 tahun, jadi besi buruk juga.
Bila anak-anak dah ramai, kalau perlu bolehlah dipertimbangkan untuk upgrade kereta yang lebih besar untuk keselesaan keluarga.
Dan suami isteri kalau tak perlu 2 kereta, pakai saja 1 kereta kongsi. Pergi dan balik dari ofis bersama. Dalam kereta, bolehlah sembang-sembang, gurau-gurau untuk menyuburkan cinta, supaya sentiasa mekar dalam kamar bahagia. Haha.

BUDAK BARU NAK UP, PAKAI KERETA MAHAL.

Kita lihat pula perangai fresh graduate biasa sekarang ni. Bergaji RM2700, tetapi memiliki kereta dengan ansuran bulanan RM800. Mari kita kira.
(RM800/RM2700) x 100% = 30%
30% daripada gaji diperuntukkan untuk ansuran bulanan adalah sangat tidak bagus. Kereta mahal, road tax mahal, maintenance mahal. Silap-silap kereta tu mungkin makan sampai 60% daripada gaji mereka setiap bulan.
Tinggal 40% sahaja daripada gaji untuk survive sebulan. Simpanan kahwin pun belum tentu ada. Apatah lagi saving untuk deposit beli rumah. Last choice, nak kahwin, pakai Pembiayaan Peribadi RM30,000.
Beli kereta mahal nak impress bakal bapak mertua? Memang bapak mertua kagum dengan 'pancapaian' anda. Tapi anda yang merana sorang-sorang. Hujung bulan makan Megi dalam kereta mahal sambil menitiskan air mata. Hihi.
 

Fikirkanlah banyak kali sebelum anda terjebak dengan kereta-kereta mahal ya.
NOTA: Paling bagus, beli kereta terpakai yang murah-murah dengan tunai. Atau takyah beli langsung, tunggu dah kahwin barulah beli. Atau beli 2 bijik rumah dulu, kemudian sewakan. Duit aliran tunai positif daripada rumah sewa, buat bayar ansuran kereta kita pula.
"KERETA KITA PAKAI, PENYEWA RUMAH TOLONG BAYARKAN."

0 comment... add one now