10 Tips Nasihat Untuk Mudah Membeli Rumah Pertama



WAHAI ANAK MUDA, 
IKUT 10 NASIHAT INI UNTUK MUDAH MEMBELI RUMAH PERTAMA.
----------------------------------------------------------------
.
(Updated version)
.
1. Pastikan loan pertama yang anak muda buat dengan bank adalah loan rumah. Bukan loan kereta. Ini adalah kerana loan kereta akan menyebabkan komitmen anak muda semakin tinggi dan kelayakan di pihak bank untuk beli rumah semakin berkurangan. (Kalau nak pakai kereta jugak, pastikan guna nama orang abang ke, kakak ke, ayah ke.. Asalkan bukan nama kita. Nak senang lagi, mintak nak sambung bayar kereta mereka jer)
.
.
2. Kalau anak muda ada buat bisnes, pastikan customer bank in ke akaun company ye.. Bukan akaun personal anak muda. Kalau customer bank in ke akaun personal, ianya TAKKAN dikira sebagai INCOME. Jadi, rugilah kat situ.. Kalau ada yang terlepas juga, transfer la balik masuk ke akaun company dengan nota “ CASH SALES “. Kalau tengah makan gaji, dan dalam masa yang sama ada bisnes sendiri, daftarkan jugak company tu.. ENTERPRISE saja dulu pun dah cukup..
.
.
3. Kalau anak muda ada buat bisnes sendiri, pastikan tetapkan Gaji untuk diri sendiri dan bayar kwsp kepada diri sendiri. Bila apply loan bank nanti, akan ada 2 jenis income anak muda. Iaitu income dari bisnes, dan income dari gaji sendiri. Untuk pembayaran gaji, gunakan cek company utk bayar. Elakkan transfer secara online saja. Dan pastikan buat Payslip dan cop skali.
.
.
4. Jangan cepat terpengaruh untuk ambik ASB Loan atau Personal Loan. Sebab Loan jenis inilah yang selalunya menjadi factor yang menyebabkan bank reject loan rumah kita. Kalau nak ambil ASB Loan juga, pastikan lepas lulus loan rumah, baru lah ambik sekali. Bagi saya, kalau ada merancang untuk membeli property kedua, jangan ambil ASB loan lagi. Sebab biasanya pihak bank akan offer kepada kita selepas kita lulus loan rumah pertama kita. (tapi lain lah kalau income anda besar, kalau sekadar ambil ASB Loan dan bayaran bulanan tidak memberi effect besar terhadap DSR anda, tak mengapa..)
.
.
5. Untuk rumah pertama, pastikan anda beli untuk tujuan investment. Kenapa saya kata macam tu? Sebab kalau anak muda beli untuk duduk sendiri, ianya akan jadi expenses untuk anak muda. Lain lah kalau anak muda beli secara cash je kan.. Investment pula terbahagi kepada dua. Sama ada Cash Flow atau Capital Gain. Sekiranya anak muda memilih untuk cash flow investment. Maksudnya anak muda sewakan rumah tersebut kepada orang lain. Pastikan sewa yang diberikan tidak kurang dari bayaran bulanan kepada bank. Satu lagi ialah Capital Gain. Ini bermaksud, anak muda beli rumah pada tempoh tertentu, dan bila value rumah tersebut meningkat, anak muda jual / flip rumah tersebut dan mendapat untung daripada jualan tersebut. Cara ini dipanggil Capital Gain. 
.
.
6. Elakkan daripada combine nama suami isteri semasa membeli rumah. Ini adalah kerana, setiap orang hanya layak untuk dapat loan 90% untuk dua buah rumah saja. Kalau rumah ke3, hanya dapat loan 70% sahaja. Ini bermakna, kalau ikutkan rules, sepasang suami isteri akan dapat beli 4 buah rumah. Tapi kalau combine nama, ianya akan jadi 2 buah rumah saja untuk dapatkan loan 90%. Jadi, rugilah anda.. Percaturan yang betul untuk suami isteri ialah... Beli 4 buah rumah, 1 untuk duduk sendiri, dan 3 lagi untuk disewakan.. Untung daripada sewa rumah tersebut buat bayar bulanan rumah yang anda duduk tersebut. Bukan ke macam duduk percuma macam tu? =)
.
.
7. Pastikan rekod CCRIS anda BERSIH. Rekod CCRIS adalah satu rekod dari Bank Negara yang mengumpul senarai hutang2 kita dengan institusi kewangan di Malaysia. Untuk memudahkan anda sebelum anda decide untuk buat loan rumah, pastikan anda semak dulu rekod CCRIS anda sendiri. Nanti anda akan nampak senarai hutang anda dan disebelahnya senarai bayaran bulanan anda. Kalau 0, bermakna rekod anda bersih. Anda memang seorang yang berdisipilin. Kalau 1, ini bermaksud ada 1 bulan tertunggak, begitu jugak 2,3,4 dan seterusnya. Cara nak buat semakan ialah dengan pergi ke Bank Negara dan guna mesin yang disediakan. Atau sekarang boleh apply secara online saja. Nanti saya tunjukkan cara di lain hari.
.
.
8. Ada TIGA jenis rumah yang anda boleh beli. PERTAMA, rumah undercons (bermaksud under construction). Biasanya rumah undercons sesuai untuk orang yang plan untuk buat FLIPPING (Jual Balik) bila dah siap nanti. Kalau anda cari rumah yang ada diskaun 7%, maka anda hanya perlu keluarkan modal 3% sahaja. Kalau dapat cari rumah yang dapat diskaun 10%, maka tak perlu nak keluar modal bayar deposit. KEDUA, rumah subsale. (bermaksud rumah yang dah siap dan dah ada nama orang lain punya). Untuk rumah jenis subsale ini, modal yang sangat besar diperlukan. Kalau rumah tu harganya RM500,000 , maka deposit sebanyak RM50,000 diperlukan. Ditambahkan lagi dengan legal fees, dll. KETIGA ialah rumah lelong. Diantara ketiga-tiga jenis ini, rumah lelong mempunyai risiko yang sangat tinggi. Tapi takpe.. high risk, high lah return dia.. Kalau menang bidaan lelong jauh lebih murah dari harga market, untung besarlah anda.. Untuk jenis rumah lelong, anda perlu buat kajian dari segi market value, keadaan rumah, kejiranan dan lain2 sebelum commit untuk join bidaan. Kalau tanya saya, saya lebih suka beli rumah UNDERCONS. =)
.
.
9. Sekiranya anda memilih utk membeli rumah under cons, maka pilih lah developer yang besar-besar saja. Contohnya seperti SP Setia, IJM Land, Sime Darby, Worldwide dan lain-lain. Reason pertama kenapa perlu pilih developer ini ialah risikonya kurang. Maksudnya, risiko untuk projek terbengkalai sangat rendah. Kalau pilih developer yang takde nama, risikonya sangat tinggi kerana mereka mungkin kekurangan modal atau ada masalah2 lain dan menyebabkan projek tersebut boleh terbengkalai. Kita juga yang rugi nanti. Reason kedua, kalau developer besar, mereka biasanya menyediakan banyak benefit kepada pembeli property mereka. Sebagai contoh, diskaun 5%-10%, free aircond, alarm system, vinyl floor dan macam2 lagi. Tambahan lagi, developer besar biasanya akan menyediakan kemudahan yang banyak di sesebuah taman perumahan yang mereka tengah develop. Tengok lah contoh SP Setia. Beruntungnya orang beli rumah di setia alam ni. Betapa banyaknya kemudahan2 baru yang mereka dapat. Contohnya, ada mall, masjid, bank2, taman2, dan macam2 lagi.
.
.
10. Beli rumah ikut kemampuan. Jangan ikut nafsu. Yerlah, kadang2 kita cepat terpengaruh dengan kawan-kawan yang beli rumah besar, kita pun nak beli rumah besar jugak. Loan mungkin boleh lulus.. tapi bila masuk bab bayaran bulanan, ianya sangat2 membebankan anda. Komitmen bulanan lebih tinggi daripada income yang anda dapat. Last-last, tertunggak! Jadi, untuk elakkan perkara ni berlaku, sebelum decide untuk membeli mana2 rumah, pastikan anda buat kiraan terlebih dahulu tentang kemampuan income bulanan anda untuk membayar rumah tersebut nanti.
.
.
11. Kebiasaannya kalau loan untuk rumah pertama, bank nak lihat rekod ccris anda. Bergantung kepada sesetengah bank jugak.. Sekiranya anda tidak pernah buat loan dengan bank, maka rekod ccris anda kosong. Dan bank tidak dapat menilai macamana disiplin anda dalam pembayaran loan. Jadi, sekiranya masalah ni terjadi kepada anda, ada 2 cara yang anda boleh buat. PERTAMA, anda apply saja kredit kad dan guna. Cara guna kredit kad yang betul ialah, swipe di siang hari, dan malamnya terus bayar balik kredit kad tersebut. Ini untuk mengelakkan anda terlupa untuk buat bayaran. KEDUA, buat personal loan dalam amout yang paling rendah di Easy RHB. Dengan cara ni, bank akan nampak track rekod yang anda merupakan seorang pembayar hutang yang baik.
.
.
Rasa bermanfaat? Tag rakan/pasangan anda dan Jangan lupa "SHARE" ya.

Ditulis oleh : Hafizi Zain

0 comment... add one now