10 Tips Cara Menulis Dan Berkongsi Cerita Di Media Sosial

RAMAI yang suka menulis di media sosial tapi kadangkala apa yang ditulis boleh menyebabkan pergaduhan dengan kawan-kawan di alam maya.

Di sini, saya kongsikan sedikit tip cara bersosial tapi pada masa sama masih menjaga keharmonian di alam maya ini:

1. Tulis pos dan komen dengan ejaan yang betul

Menulis dengan ejaan yang betul akan mengelak dari salah faham. Silap baca boleh silap fikir, salah sangka dan kesalahan-kesalahan lain.

2. Ulas sesuatu isu selepas siasat dan kaji

Buat kajian dan siasatan terhadap satu-satu isu dengan membaca lebih dari satu sumber, barulah buat ulasan sebaiknya.

3. Pos hal-hal peribadi mesti ada hadnya

Elakkan mengemaskini hal-hal peribadi terlalu kerap. Hadkan supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini apabila orang luar mengetahui dengan jelas kehidupan anda.

4. Kawal emosi saat membaca berita trending atau viral

Relaks dan cool semasa membaca. Kemudian:
• Siasat dahulu.
• Baca dengan rasional
• Jika sesuai, kongsi. Jika tidak, terus tinggalkan.

5. Kenali rakan-rakan yang rajin kemaskini posting, suka like dan komen

Beri mereka perhatian lebih. Rakan-rakan ini biasanya orang yang sama. Sungguhpun begitu, mereka tidak akan komen berlebih-lebih. Tetapi kita boleh tahu yang mereka ini sangat banyak beri input positif dalam komen. Beri mereka perhatian dengan melihat pos-pos mereka juga.

6. Raikan pandangan, cadangan dan penambahbaikan dalam satu-satu pos

Raikan pandangan dengan klik like, komen terima kasih dan menyatakan setuju.

7. Elakkan bergurau untuk pos berkaitan fakta atau maklumat

Elakkan bergurau dengan pos yang memberi maklumat atau fakta. Ia tidak lawak okay.

8. Pos Bergurau

Elakkan beremosi jika baca pos gurauan tetapi hati-hati, nak bergurau pun tetap ada batasnya.

9. Hormati privasi, jangan tanya soalan yang tidak perlu / tidak ada kaitan dengan pos

Kenali pemilik posting. Jika dia sudah berkahwin, elakkan komen mengenai hal-hal sensitiviti perkahwinan. Begitu juga dengan hal-hal sensitif buat yang masih bujang dan sebagainya. Komen yang ada kena mengena dengan pos sahaja.

10. Elakkan terlalu over atau kerap memberi komen.

Jangan nak komen kat semua pos orang tertentu. Anda akan dilihat berkelakuan pelik dan buat dia rasa ada secret admire.
10 Tips Cara Menulis Dan Berkongsi Cerita Di Media Sosial

0 comment... add one now