10 Tempat Makan Paling Sedap dan Best Di Johor Bahru

Bila ke sesuatu tempat, mesti kita cari tempat makan yang best dan sedap malah harga murah. Jadi, saya kongsikan beberapa tempat makan yang boleh anda kunjungi bila ke Johor Bahru. Senarai ini diperolehi daripada beberapa bacaan di blog dan juga pilihan penulis yang pernah mencuba di beberapa tempat makan tersebut. 


1. Tapah Corner. Jika anda mencari tempat makan untuk sarapan, penulis syorkan anda datang ke sini kerana terdapat pelbagai pilihan makanan yang sedap malah harganya sangat murah. Penulis sukakan roti canai, nasi lemak, paru goreng, asam pedas ikan dan pelbagai lagi. Untuk pengetahuan anda, orang Singapura awal-awal lagi turun ke JB dan berhenti sarapan di sini. (Restoran Tapah Corner yang terletak di berhampiran Kampung Melayu)


2. Medan Selera Tepian Tebrau. Medan Selera Tepian Tebrau. Terdapat sebuah gerai makan yang terletak di hujung medan selera, Gerai Yong Yong. Di sini, terdapat pelbagai jenis seafood dan kesemuanya segar-segar belaka. Anda patut cuba ikan bakar kerana sosnya cukup sedap, membuatkan anda ketagih dan langsung tidak hanyir. Lokasinya, terletak 300m dari Dataran Bandaraya Johor Bahru yang bersebelahan dengan Hospital Sultanah Aminah.


3. Restoran Singgah Selalu. Terletak di Jalan Kolam Air, berdepan dengan Danga Bay tetapi di seberang jalan juga berhampiran jalan masuk ke Istana Bukit Serene. Ini boleh dikatakan tempat lepak untuk golongan muda kerana ianya agak happening dan dibuka 24 jam, waktu siang disediakan dengan pelbagai bufet makanan melayu, malam pula pelbagai seafood dan ala carte. Lagi satu, jika anda penggemar shisha, sini tempatnya. 


4. Restoran Seri Bayu Perdana. Restoran ini terletak di Jalan Susur Larkin Perdana 2 , Larkin, Johor Bahru. Menyediakan lebih daripada 40 jenis aneka lauk-pauk masakan Melayu. Menariknya pernah memasuki rancangan Jalan-jalan Cari Makan dan juga dikunjungi artis-artis terkenal tanah air seperti Amy Search, Datuk Siti Nurhaliza, Alleycats, Jalil Hamid. 


5. Wadihana Islamic Steak House. Rata-rata ramai recommend tempat makan ini. Terletak di Bandar Baru Uda, bersebelahan Plaza Angsana, deretan kedai di belakang gedung kain Jakel. Di sini terdapat pelbagai aneka steak dan menu makanan barat, wajib cuba Western Steak house. Untuk info, boleh ke Facebook Wadihana Islamic SteakHouse (WISH).


6. Senibong Sea Food. Di sini terdapat 3 hingga 4 buah restoran makanan laut di atas pinggir laut antaranya ialah Restoran 6 Corner, Gerai Permata Senibong dan lain-lain lagi. Pemandangan cantik, terutama di waktu malam, sambil makan dapat menikmati lampu-lampu malam jauh di seberang laut, Pulau Singapura dan Sembawang. Lokasinya jauh sedikit dari pusat bandar JB iaitu di Persimpangan Traffic Light di hadapan Jaya Jusco Permas. 


7. Ateh Corner. Ateh Corner terletak di Jalan Kebudayaan, Taman Universiti (berdekatan Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4). Di sini terkenal dengan western food dan juga seafood dan juga aneka jenis sup, ramai recommend sup ekor yang berharga RM7.00 satu mangkuk. 


8. Medan Selera Jalan Sg Chat. Lokasinya berdekatan dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru. Di sini, istimewanya ialah Murtabak Singapura RM8.00 sekeping, sangat tebal dan mempunyai banyak daging, memang sedap dan berbaloi dengan harganya. 


9. Medan Selera Lotun Van di Dataran Bandaraya. Sentiasa ramai dan penuh. Menariknya ialah van-van lotun yang menyediakan meja dan kerusi unutk pelanggan di kawasan tempat letak kereta. 


10. Banafee Village. Tema ‘Makan Bintang Lima… Harga Kaki Lima’, Restoran Banafee Village menyediakan lebih lima menu utama, iaitu nasi padang yang menerima permintaan amat baik selain makanan Melayu, Cina, Barat dan Asia Barat. Antara yang menjadi pilihan ialah nasi ayam penyek, asam pedas ikan, nasi Arab, ayam goreng sos lada hitam serta pelbagai jenis minuman, termasuk kopi Banafee.

sumber wanista

0 comment... add one now