10 Tanda anda seorang 'Hipster'

h7

#HipsterKeAnda


Haaa…perasan tak sekarang ni ramai betul golongan-golongan yang MENCUBA untuk jadi hipster. Tapi sebelum tu, nak tanya juga la anda tahu ke apa itu ‘hipster’? Ke tak tahu tapi buat-buat tahu? Ke anda fikir ‘hipster’ ni bermaksud sesuatu yang ‘cool’? Yeke…? Selalunya orang kata ‘hipster’ ni macam golongan yang suka kan benda-benda pelik yang luar biasa. Contohnya macam benda yang orang lain tak pernah buat tapi dia nak buat. Orang kata la……Tak tahu la betul ke tak. Lagi satu mereka ni jenis yang tidak suka dipaksa dan pemikiran mereka ni lebih kepada diluar jangkaan.
Kalau anda nak tahu sebenarnya dari tahun 1940-an lagi perkataan ni dah diguna pakai. Mereka bukan guna ayat ‘hipster’ tau tapi ayat ‘hepcat’. Hepcat ni macam menjerumus kepada mat/minah saleh keas pertengahan yang suka bergaya ala-ala macam pemuzik orang kulit hitam, contohnya yang suka muzik jazz. Haaa mula tahun 1990-an hingga ke 2010-an ni baru la orang start guna ayat ‘hipster’. Perasan tak setiap tahun akan ada je fesyen atau gaya hipster yang direvolusikan.
Kepada yang suka rasa diri sendiri tu ‘hipster’, meh baca 10 tanda dibawah. Itu pun kalau anda rasa diri anda tu hipster la.
  • Mereka akan anggap naik kereta ni melecehkan. Kalau kayuh basikal atau jalan kaki lagi best
h2
  • Mereka akan ada satu naluri dimana anda suka tengok label barang yang rare atau produk yang lebih kepada bahan organik atau semula jadi.
  • Jenis yang tak pernah kisah dengan tahap kalori dalam badan mereka tapi mereka akan ambik kisah tentang berapa banyak kali mereka bersenam dalam masa satu hari atau setahun. Plus, mereka akan pastikan aktiviti yang mereka lakukan tu mesti la mencabar fizikal dan mental mereka. Haaa baru cool
h3
  • Kalau nak dating ke apa, mereka lagi suka berbincang melalui teks. Haaa kiranya macam anda ni jenis orang yang releks je, tak gelabah dan yang paling penting anda suka cara ala-ala orang dolu-doluuuu…..!
  • Kalau orang dulu kan jenis suka minum kopi je kan? Haa mereka pun ada terikut-ikut juga. Bila lepak je nak order kopi. Kalau teh pula nak teh hijau je. Wah demanding tau! Yang paling penting bekas minuman tu kena yang ada unsur-unsur unik tau! Baru ngam!
h4
  • Facebook? Twitter? Elehh semua tu tolak tepi la. Fokus mereka akan lebih kepada Instagram. Kepsyen pula yang ala-ala macam tak ada kena mengena dengan gambar. Haaa mampu…? 
h5
  • Kalau nak shopping ke apa suka pergi dekat kedai ala-ala vintage atau senang cerita macam bundle la. Biar murah asalkan cantik bila pakai. Gitu! 
  • Diet pemakanan sangat la dititik beratkan! Contohnya mereka lebih gemar makan vegeterian. Mereka ni kira boleh dikatakan sebagai wira la sebab suka menyelamatkan haiwan dan tolong menolong antara satu sama lain. Bravo!
  • Cuba anda lihat cara mereka deko rumah mereka. Selalunya golongan macam ni suka deko kan rumah dengan barang yang anda sendiri akan terfikir “Mana lah dia beli barang ni?”.
h6
  • Haaaa… yang ni paling rareANDA/MEREKA TIDAK AKAN ANGGAP DIRI SENDIRI SEBAGAI SEORANG HIPSTER! Paling best, orang tu sendiri akan menafikan diri tu seorang hipster lepas baca article ni! Ehem! Ehem! 
Kredit : thevocket.com


1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 12, 2016
alhamdulillah tak sebarang tanda :)