10 Perkara menarik tentang Proton Perdana 2016 anda perlu tahu






Proton telah melancarkan Perdana terbaharu dan pastinya ada yang bukan kaki kereta tidak berapa faham apa yang terjadi, di sini ingin membantu dengan berkongsi fakta-fakta mudah di bawah.
Perkara 1
Projek Proton Perdana generasi kedua ini bermula dengan Perdana Accord yang digunakan oleh pihak kerajaan. Perdana Accord mengalami perubahan kosmetik yang sangat minima. Ia tidak boleh dijual kepada orang awam kerana itu termaktub dalam perjanjian antara Proton dan Honda.
Honda Accord 2007
Honda Accord 2007
Proton Perdana Generasi Kedua atau Accord-Dana (khas untuk kerajaan sahaja)
Proton Perdana Generasi Kedua atau Accord-Dana (khas untuk kerajaan sahaja)
Perdana 2016 - bandingkan perubahan yang telah dilakukan.
Perdana 2016 – bandingkan perubahan yang telah dilakukan.

Perkara 2
Perdana terbaharu ini turut diasaskan dari Honda Accord yang sama. Perubahan yang dilakukan ialah:
– Kulit luar (top hat atau top body)
– Lampu depan dan belakang
– Pintu belakang
– Cermin tingkap dan belakang
Perkara 3
Perdana terbaharu berada di dalam segmen D dan pesaing lain yang berada di dalam itu ialah:
– Toyota Camry (dari RM154,900)
– Honda Accord terbaharu (dari RM141,100)
– Nissan Teana (dari RM141,721.55)
– Mazda6 (dari RM155,000)
– Peugeot 508 THP (dari RM179,888)
– Proton Perdana bermula dari RM113,888.
Perkara 4
Proton ada membuat penambah-baikan kepada Accord ini untuk dijadikan Perdana. Antaranya ialah:
– Lampu projektor HID
– Lampu belakang LED
– Dua skrin di papan pemuka (satu untuk GPS)
– Ruang but yang jauh lebih besar
Audio Head Unit resized
Perkara 5
Proton Perdana juga antara model di dalam segmen D yang paling panjang
– Peugeot 508 THP 4,792 mm
– Toyota Camry 4,850 mm
– Mazda6 4,865 mm
– Honda Accord 4,870 mm
– Nissan Teana 4,885 mm
– Proton Perdana 2016 4,999 mm (2.0L), 5,020 mm (2.4L)
Perkara 6
Proton tidak dibenarkan oleh Honda untuk membuat sebarang perubahan teknikal terhadap:
– Sistem gantungan
– Sistem transmisi
– Enjin – 2.0L dan 2.4L
– Drive train – power steering dll
Jadi sekiranya Accord generasi itu mempunyai masalah disebabkan dari rekabentuk komponen Honda itu, Proton ini juga akan diturunkan masalah yang sama juga (inherited issues).
Perkara 7
Menurut Proton, Proton Perdana ini cuma 50 kg lebih berat dari model Accord yang diasaskan, walaupun ia jauh lebih panjang.
perdana boot resized
Perkara 8
Proton Perdana Accord yang dahulu itu dipasang di kilang pemasangan Honda di Pegoh, Melaka. Perdana 2016 ini dipasang di kilang Proton di Shah Alam.
Perkara 9
Careta sudah memandu uji Perdana ini di litar R&D Proton di Shah Alam dan ia memang sama seperti Accord dahulu. Tiada bezanya. Yang pasti, ia cantik!
Perkara 10
Walaupun Honda Accord yang digunakan oleh Proton sebagai asas Proton Perdana 2016 ini dilancarkan dalam tahun 2007, teknologi yang digunakan masih lagi relevan dan sekiranya anda memandu uji Perdana 2016 ini, Careta pasti ia tidak mengecewakan. Bak kata pepatah Mat Saleh, “there is no substitute for space” – tiada ganti untuk ruang, dan Perdana ini mempunyai ruang kabin dan but yang sangat melegakan.
Sumber : careta 
Quarter Cockpit resized

0 comment... add one now