10 Gambar photobombs paling menyeramkan dalam dunia maya

10. Bayangkan anda mengambil selfie pada hari paling membahagiakan dalam hidup anda bersama isteri atau suami. Anda tak sabar hendak berkongsi berita itu di Facebook, tetapi gambar yang sepatutnya menunjukkan dua orang, tiba-tiba menampilkan tiga orang.bride-groom-mainItulah yang terjadi pada Christiana dan Kevin. Christiana langsung tidak perasan imej ketiga yang berada di antara dia dan suaminya, sehinggalah diberitahu oleh rakannya.

9. Victoria dan Kylie keluar bersama pada satu malam untuk makan dan minum di sebuah bar, Slug and Lettuce.  Mereka telah mengambil selfie bersama malam itu dan tanpa dijangka susuk seorang wanita berpakaian era Victorian telah muncul di belakang mereka.Ghost-SelfieKhabarnya, Victoria sangat takut dengan kejadian itu sehinggakan dia memadam gambar selfie ini dari telefonnya dan berjanji tidak akan mengunjungi bar itu lagi.

8. Satu cara yang popular untuk pemburu mengesan haiwan buruan ialah dengan membuat rakaman menggunakan kamera pengesan pergerakan.
trail-cam
Kamera ini dipasang di dalam hutan dan biasanya akan menangkap gambar apa saya yang bergerak di hadapannya, tapi yang ini telah menangkap…apa dia? Tiada siapa dapat memberi jawapan yang pasti.

7. Adakah Snapchat boleh digunakan untuk menangkap gambar entiti paranormal? Mungkin juga, terdapat satu entiti kelihatan mengintai dari tirai kamar dalam gambar yang ditangkap oleh Sinead, seorang remaja berusia 14 tahun.snapchat-ghost
Menurut Sinead, memang  terdapat pelbagai kejadian pelik dan sukar dijelaskan sepanjang dia tinggal di rumahnya. Mungkin dah tiba masanya untuk keluarga kamu berpindah, dik?

6. Bethany Harvey mengambil gambar selfie beramai-ramai dirinya, bayinya dan kakaknya. Menurut Bethany, sepatutnya di dalam biliknya hanya ada mereka bertiga saja.snapchat-woman
Mungkin kanak-kanak perempuan mengenakan gaun ungu itu mahu memberitahu sebaliknya.

5. Dalam gambar yang diambil beramai-ramai ini, kanak-kanak itu dilihat menangis. Pada masa gambar ini diambil, dia memberitahu ada seorang kanak-kanak lain yang menakutkannya, tetapi mereka semua beranggapan dia hanya berhalusinasi dan tidak mengendahkannya.
ghost-boy
Bila melihat gambar selepas ditangkap, barulah mereka tahu mengapa kanak-kanak itu menangis.

4. Kanak-kanak ini dari Kanada dan mengambil gambar ini di tepi pantai di Jepun. Bagaimanapun, setelah gambar diambil, barulah ibu-bapanya perasan terdapat imej kaki berkasut but samurai berdiri di belakang anak mereka.
bootsboots2
Khabarnya tempat kanak-kanak itu berdiri memang bersebelahan dengan kawasan perkuburan Samurai, kerana itu kasut but tersebut kelihatan seperti but Samurai.

3. Gambar ini diambil selepas perkahwinan mereka oleh satu pasangan di Jasper, Alabama. Kelihatan seperti susuk tubuh wanita sedang terbang ke arah mereka dan kelihatan marah.
terrifying_ghost_in_tree
Siapakan dia? Mungkin jelmaan bekas teman wanita si suami. Seram!

2. Gambar ini diambil di sebuah hospital gila yang ditinggalkan iaitu di Waverly Hills, Louisville, Kentucky. Bayangan wanita di dalam gambar dipercayai ialah Mary, seorang bekas pesakit di situ.waverly-hills
Sebelum ini memang Mary sering dilihat menjelmakan diri di tapak bekas hospital tersebut, yang sememangnya sebuah tempat yang terkenal di kalangan penyiasat paranormal.

1. Seorang ibu merasa penat setelah pulang dari kerja dan memberikan telefonnya yang baru dibeli kepada anak lelakinya supaya anak lelakinya bermain saja dengan telefon itu sementara dia berehat. Anaknya telah mengambil banyak selfie dengan telefon itu kemudian tertidur kepenatan. Namun ada ‘sesuatu’ yang lain telah mengambil gambar selfie dengan anak itu sewaktu dia tertidur.new-cell-phone
Dakwa wanita itu, dia seorang ibu tunggal dan hanya tinggal di rumah itu dua orang dengan anak lelakinya. Jadi, siapakah itu yang mengambil selfie bersama anaknya? 

0 comment... add one now