10 Bangunan tertinggi di Malaysia

1. Menara Berkembar Petronas 

    452 meter

Mercu tanda negara setinggi 88 tingkat ini siap dibina pada tahun 1998 dengan kos hampir AS$1.6 bilion. Bangunan ini pernah memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1998 hingga 2004. Walaubagaimanapun, menara ini masih kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia. Menara Petronas direka oleh jurubina kelahiran Argentina, Cesar Pelli dengan seni bina bermotifkan kesenian Islam dan pelan lantai pula diadaptasi daripada simbol geometri asas Islam, iaitu Rub el Hizb.
klcc

2. Menara Kuala Lumpur
    421 meter

Menara ini siap dibina pada tahun 1996, dan pada ketika itu, menara ini adalah menara tertinggi di Asia dan ketiga tertinggi di dunia. Menara ini juga adalah bangunan komunikasi ke-7 tertinggi di dunia. Ia direka oleh syarikat tempatan iaitu Kumpulan Senireka Sdn. Bhd dengan unsur seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan.
menara-kl


3. Menara Telekom
    310 meter

Pencakar langit ini mempunyai 55 tingkat dan direka oleh Hijjas Kasturi Associates dengan senikera berupa sebatang buluh yang bercambah. Ia siap dibina pada tahun 2001 dan dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad.
menara-TM

4. Menara Carigali
    267 meter

Bangunan ini adalah ibu pejabat anak syarikat Petronas iaitu Petronas Carigali. Ianya siap dibina pada 2011 berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas. Ianya menempatkan pusat membeli belah dan ruang pejabat.
menara-carigali

5. Menara Maybank
    244 meter

Antara bangunan pencakar langit terawal di Malaysia, bangunan ini terletak di Puduraya dan ia siap dibina pada 1987. Bangunan ini merupakan ibu pejabat Maybank dan merupakan bangunan tertinggi di Malaysia sehingga tahun 1995. Ianya direka oleh Hijjas Kasturi Associates dan Taisei Construction Co.
menara-maybank

6. Menara Vista (Dahulu dikenali sebagai Menara Empire)
   238.1 meter

Bangunan ini merupakan salah sebuah pembangunan yang dikenali sebagai The Intermark. Ia siap dibina pada tahun 1994 dan 62 tingkat. The Intermark menempatkan Menara Vista, Doubletree oleh Hotel Hilton dan ruang membeli belah.
menara-vista

7. Menara Komtar
    231.7 meter

Menara Komtar adalah menara tertinggi di Pulau Pinang dan merupakan bangunan ke-2 tertinggi di Asia selepas Sunshine 60 di Tokyo sehingga pembinaan Menara Maybank pada 1988. Ia menempatkan pusat jualan, hab pengangkutan dan ibu pejabat Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
menara-komtar

8. Menara Felda
   216 meter

Bangunan setinggi 50 tingkat ini siap dibina pada 2012 dan direka oleh RSP Architects Sdn Bhd. Ianya menempatkan ruang pejabat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutan dan merupakan antara bangunan tercantik di Kuala Lumpur.
menara-felda

9. Menara Maxis
    212 meter

Menara Maxis adalah bangunan pejabat 49 tingkat. Bangunan ini siap dibina pada 1998 dan menempatkan ibu pejabat syarikat telekomunikasi, Maxis Communications. Ianya direka oleh arkitek Roche-Dinkeloo dan terletak bersebelahan dengan Menara Berkembar Petronas.

10. Menara Ambank
      210 meter

Menara ini terletak di Jalan Yap Kwan Seng, di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur. Bangunan setinggi 46 tingkat ini adalah ibu pejabat kepada syarikat perbankan Ambank dan ianya siap dibina pada tahun 1997.
menara-ambank

0 comment... add one now