Zlatan Ibrahimovic bakal bergandingan dengan Jose Mourinho di Manchester United?

Zlatan Ibrahimovic dan Jose Mourinho bergandingan di Manchester United?

Zlatan Ibrahimovic memberi bayangan halatuju masa depannya yang dikaitkan dengan Manchester United apabila mengakui teruja untuk kembali bergandingan dengan Jose Mourinho.

Kedua-dua individu tersebut pernah bekerjasama semasa di Inter Milan. Mourinho, 53, dijangka akan memuktamadkan perjanjian selama tiga tahun dengan The Red Devils hari ini.

Zlatan yang akan meninggalkan Paris Saint-Germain susulan kontrak yang sudah tamat, berkata dia sudah mempunyai perancangan mengenai kelab yang akan disertainya musim depan.


"Ia perkara hebat (Manchester United melantik Mourinho)," katanya.

"Jika anda mahu aksi, anda bawa Mourinho.

"Saya percaya dia seorang yang akan membawa mereka kembali ke puncak, dia tahu apa yang dia lakukan.
Ibrahimovic beraksi bersama Sweden
Ibrahimovic bakal beraksi bersama Sweden di Euro 2016 bulan depan


"Saya menempuhi detik hebat (dengannya di Inter). Jika kami kembali bekerjasama, saya tidak tahu, kita tunggu dan lihat.

"Masa depan sudah tertulis. Keputusan sudah lama dibuat, saya cuma perlu mendedahkannya.
"Saya bercakap dengannya setiap hari sejak saya meninggalkan Inter. Saya mempunyai tawaran daripada Liga Perdana Inggeris, tapi saya tidak mahu memberi jaminan apa-apa," tegas bintang Sweden itu.

Apabila diajukan sama ada dia akan menyertai United, Ibrahimovic cuma berkata, "Kita tunggu dan lihat."

Zlatan yang menjangkau usia 34 tahun turut menegaskan usia bukanlah penghalang buatnya beraksi di peringkat tinggi.

"Saya hanya memanaskan badan. Saya sudah membuktikan umur hanyalah angka. Segalanya ada di dalam fikiran anda, jika saya mahu lakukannya, saya akan buat."

Sumber - astroawani 

0 comment... add one now