Zaqhwan juarai SuperSports 600cc, bersaing sengit dengan Azlan Shah di Buriram



13131313_10153565373477304_2554661883291561223_o

Zaqhwan juarai Burriram, bersaing sengit dengan Azlan Shah
Pelumba Malaysia, Md Zaqhwan Zaidi akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama setelah kembali beraksi dalam saingan SuperSports 600cc apabila memenangi Perlumbaan 2 dengan menewaskan rakan senegara, Azlan Shah Kamaruzaman pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, semalam.
Pelumba Musashi Boon Siew Honda itu bermula dengan baik dan mendahului kedudukan sebaik pelumba dilepaskan namun menerima tentangan sengit daripada bersaing sengit bersama Ahmad Yudhistira, Tomoyoshi Koyama, Ratthapong Wilairot, dan Azlan Shah. Aksi agresif Anthony West pada pusingan ketujuh menyebabkan Yudhistira terpaksa menamatkan perlumbaan awal akibat masalah jentera dan seterusnya menjadikan persaingan merebut juara tertumpu kepada kepada Zaqhwan dan Azlan.
SS600-01
Azlan semakin memberikan tekanan kepada Zaqhwan di penghujung perlumbaan namun pelumba berusia 21 tahun itu bijak mengatur strategi seterusnya berjaya menamatkan 18 pusingan dengan masa keseluruhan 30’05.166s sementara Azlan di kedudukan kedua dengan 30’05.950s. Rakan sepasukan Zaqhwan, Yuki Takahashi tamat di kedudukan ketiga dengan masa 30’07.239s.
“Saya tahu jentera saya berada pada tahap terbaik dan saya cuba untuk menjarakkan diri dari awal perlumbaan. Namun ia agak mustahil dan saya terpaksa mengubah strategi. Saya cuba bertahan dan tahu Azlan akan cuba untuk memintas jadi saya bertindak menutup ruang dengan baik dan seterusnya memecut ke garisan penamat,” jelas Azlan.
Kemenangan Koyama dan Zaqhwan di Buriram kembali merapatkan jurang dalam pemburuan gelaran keseluruhan SuperSports 600cc. Azlan kekal di tangga teratas dengan 78 mata dengan hanya perbezaan satu mata berbanding Zaqhwan yang berada di kedudukan kedua. Koyama di kedudukan ketiga dengan 69 mata.
Kemenangan Zaqhwan turut membantu Musashi Boon Siew Honda Racing untuk mendahului carta pasukan terbaik dengan 91 mata mengatasi pasukan BikeART Racing Kawasaki dengan 78 mata manakala T.Pro Yuzi Honda NTS With Wow di kedudukan ketiga dengan 69 mata.

0 comment... add one now