Xiaomi Yi 2 Mencabar GoPro Dengan Fungsi Yang Sama Pada Harga Lebih Murah

Xiaomi merupakan sebuah syarikat elektronik di China telah mengeluarkan pencabar utama kepada kamera aksi GoPro. Sebagai syarikat ke-5 terbesar dalam industri telefon pintar, xiaomi telah menggunakan kelebihan yang ada untuk mengeluarkan kamera aksi yang mampu merakam video 4K seperti GoPro.
Camera pertama Xiaomi telah dikeluarkan pada 2015 dan ia menjadi alternative kepada GoPro kerana harga yang ditawarkan lebih murah.
Yi 2 merupakan update kepada versi terdahulu. Versi ini menggunakan chipset Ambarella A9 yang sama digunakan oleh GoPro Hero 4 Black Edition. Versi terdahulu Yi Cam tidak didatangkan dengan screen sentuh pada bahagian belakang, versi naik taraf ini didatangkan dengan screen bersaiz 2.19 inci dan beresolusi 330 ppi. Battery digunakan 1,400 mAh dan mampu merakam 110 minit video 4K. Dikatakan juga, batteri yang digunakan mampu bertahan 8 jam pada mode standby.
Selain dilengkapi dengan fungsi merakam video time lapse, Yi 2 juga dilengkapi fungsi image stabilization yang memastikan video yang dirakam mengeluarkan hasil yang terbaik.
Buat masa ini Yi 2 hanya boleh dibeli dengan pra-tempahan sahaja.
1
2
3
4
5
7
8
9

0 comment... add one now