Wow! Rupa-rupanya lagu tema The Angry Birds Movie dinyanyikan oleh penyanyi Malaysia!

Filem The Angry Birds Movie bakal menggempar pawagam di seluruh Malaysia pada 12 Mei 2016 ini.
 


Namun, disebalik pelancaran filem mini, lagu tema The Angry Bird Movie, “Wonderful Life (Mi Oh My)”dinyanyikan oleh kumpulan anak muda tempatan iaitu kumpulan PaySlip?

 
Lagu ‘Wonderful Life (Mi Oh My) ini telah dihasilkan oleh Matoma iaitu seorang DJ terkenal dari Norway.
 
Bagi versi di dalam Bahasa Malaysia, Warner Music Malaysia telah mimilih Tun Teja sebagai penulis lirik bagi lagu ini. Lagu bagi versi tempatan ini juga sudah boleh didengari di Spotify dan anda boleh dengarkannya di sini.

Kumpulan Payslip
 
Kumpulan PaySlip membariskan remaja linkungan umur belasan tahun ini dianggotai oleh 3 orang anak muda iaitu Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass,  dan seorang yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC, iaitu Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar.
 
Jika sebelum ini PaySlip telah menarik perhatian sebuah syarikat perkhidmatan muzik digital terkemuka dari Sweden iaitu Spotify dimana PaySlip telah diundang oleh Spotify untuk menjadi band Malaysia pertama yang mendapat perkhidmatan eksklusif pre-stream dan melancarkan album sulung mereka ‘PaySlip’ di Spotify pada November 2014. Kini mereka sekali lagi telah menarik perhatian Nordia West iaitu wakil dari Atlantic Records iaitu salah sebuah syarikat rakaman terbesar di Amerika Syarikat dan diberi kepercayaan oleh mereka untuk menyampaikan lagu ini di dalam versi Bahasa Malaysia.
 
Pergh! Tahniah!

0 comment... add one now