Wow! Rezeki tudung milik Neelofa cecah RM1.3 juta dalam masa 3 minit!



 
Pengacara terkenal Malaysia, Neelofa memberitahu perniagaan tudung yang dilancarkan sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, malah rezeki perniagaan juga datang juga tidak putus-putus.
 
Tambah Neelofa, tudung jenamanya hanyan mengambil masa yang singkat sahaja untuk habis dijual.
 
Setiap kali kami membuka pesanan saja, satu hingga lima minit akan habis dijual kepada stokis. Kadang kala ia mencecah RM1.2 juta hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja. 
 
Neelofa juga mempunyai lebih 400 stokis bukan sahaja di Malaysia, malah turut ada di luar negara seperti Brunei, Singapura Indonesia, Amerika Syarikat dan Australia. Tambah Neelofa, tudung jenamanya juga akan dijual di Turki dan London pada penghujung bulan Jun ini.
 
Tudung di Luar negara tidak sama seperti di Malaysia, Jadi pelanggan di sana agak terkejut dengan koleksi yang dibawa oleh Neelofa dan mereka anggap ia unik dan sesuatu yang baharu buat mereka.
 

Jelas Neelofa, pelanggan di luar negara tidak biasa melihat tudung berhias manik dan mereka hanya pakai tudung kosong yang perlu dililit dan banyak pin sahaja.
 
Jadi tidak benar jika kita fikir Malaysia sebuah negara yang banyak ketinggalan sedangkan negara Malaysia maju dan lebih moden daripada mereka.


Sumber Malay Mail Online

0 comment... add one now