Wow! Perpustakaan di Amerika ini bagi pinjam tie percuma


WOW! Selain buku, kini tali leher pun dah boleh dipinjam di perpustakaan.
Sebuah perpustakaan di Philadelphia, Amerika Syarikat mengambil inisiatif dengan memberi pinjam tali leher secara percuma kepada mana-mana individu yang memerlukan untuk digunakan pada sesi temuduga kerja.
Perpustakaan Awam Philadephia telah menyediakan sebanyak 48 helai tali leher pelbagai warna dan reka bentuk bagi memenuhi citarasa peminjam.
tie1
Hanya individu yang mempunyai kad perpustakaan sahaja dibenarkan meminjam koleksi tali leher yang disediakan.
Kadar pengangguran di kawasan kejiranan perpustakaan itu adalah tinggi dan disebabkan itu, library tersebut mengambil langkah memberi pinjam tali leher sebagai salah satu cara untuk menggalakkan individu untuk pergi mencari kerja dan menjalani sesi temuduga. 

0 comment... add one now