Wow! Cantik warna pastel sinari koleksi Bianco Mimosa Raya


1


JENAMA terkenal Bianco Mimosa (BM) juga tidak ketinggalan memperkenalkan koleksi busana raya, Mimosa Raya bagi menghangatkan sambutan lebaran pada tahun ini.

Menggunakan warna-warna pastel seperti pink, biru lembut, krim dan putih, rekaannya yang ringkas namun unik mampu mencuri perhatian pencinta fesyen tempatan.
10
Sebanyak 20 koleksi baju kurung moden dan jubah dilancarkan untuk memberi pelbagai jenis pilihan busana buat wanita di luar sana.
Menariknya, untuk koleksi tahun ini, BM menggunakan tema Dimensi dalam penghasilan busana serta potongannya yang lebih berciri moden dan segar bagi memenuhi citarasa penggemarnya.
Koleksi yang menggunakan perincian manik ringkas ini juga menerapkan elemen mewah menerusi penggunaan warna hitam, merah dan emas bagi mencipta aura glamor buat si pemakai.
8
3
7
Kesemua rekaan baju raya ini direka sendiri secara eksklusif oleh Pengarah Urusan BM, Datuk Ida Suraya Mustapha.
Pada majlis pelancaran Mimosa Raya juga turut diperkenalkan dua lagi koleksi terbaharu BM iaitu Just Mimosa dan Mimosa Men.
Just Mimosa merupakan koleksi pakaian kasual yang juga boleh digayakan ketika sedang bersantai mahupun ke pejabat.
just mimosa
just mimosa1
Antara jenis fabrik yang digunakan untuk koleksi kali ini ialah fabrik Chiffon, Shantung Silk dan Brocade.
Sementara Mimosa Men pula dilancarkan bagi memenuhi permintaan pasaran pakaian lelaki selain mempelbagaikan variasi buat mereka.
14
13
11
12
15
Koleksi Mimosa Raya, Just Mimosa danMimosa Men dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin di Hotel Royale Chulan, Damansara, semalam.
2
Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan kesemua koleksi pakaian ini di rangkaian butik BM di Pusat Komersil Sungai Buloh dan Bangi Sentral. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now