Virus Zika akan kembali dahsyat menyerang manusia kali ini


Saintis Bagi Amaran Virus Zika Kembali, Kali Ini Lebih Dahsyat











SAINTIS di Brazil memberi amaran, penyakit bawaan nyamuk, Virus Zika akan kembali menyerang manusia dengan lebih dahsyat.

Para saintis ini dilaporkan memberitahu BBC, virus Zika kali ini lebih berbahaya kerana mampu rosakkan saraf dengan teruk dan boleh menjangkiti seorang daripada lima wanita mengandung.
Sebelum ini kes jangkitan Zika berjaya mengalami penurunan di Brazil selepas maklumat cara pencegahannya disalurkan kepada awam secara menyeluruh.
Saintis Bagi Amaran Virus Zika Kembali, Kali Ini Lebih Dahsyat
Vaksin bagi Zika dilaporkan masih di peringkat awal kajian sedangkan pada masa sama, ia sedang merebak ke seluruh benua.
Ianya merupakan satu ancaman besar penyakit kerana kawasan jangkitannya melibatkan populasi 2.2 bilion manusia.
Kesan dijangkiti virus Zika, bayi dilahirkan dalam keadaan microcephalyiaitu kepala lebih kecil kerana proses perkembangan otak telah terbantut.

Walaupun dianggarkan cuma 1 peratus wanita yang menghidap Zika ketika mengandung akan mengalami masalah bayi berkepala kecil, doktor di Brazil memaklumkan lebih 20 peratus kes wanita hamil yang terkena jangkitan Zika menghadapi pelbagai masalah berkaitan kerosakan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.

Menerusi kajian berasingan yang dilaporkan dalam New England Journal of Medicine , 29 peratus bayi yang ibunya dijangkiti Zika ketika diimbas didapati menunjukkan masalah tidak normal termasuk dari segi perkembangan saiz kepala.
Antara simptom dijangkiti virus Zika termasuk demam ringan, mata merah dan berair, pening, sakit pada sendi dan timbul bintik ruam.
Sejenis sindrom yang jarang berlaku dan boleh menyebabkan masalah lumpuh seketika iaitu sindrom Guillain-Barre dikaitkan boleh punyai kaitan dengan jangkitan Zika.
Disebabkan masih belum ada vaksin atau rawatan diketahui mampu mengubati Zika buat masa ini, maka pesakit hanya dinasihati agar berehat dan minum lebih banyak air oleh doktor.
Tak banyak kes kematian akibat Zika dicatatkan namun ia menjadi ancaman besar kerana mencacatkan otak bayi yang bakal menjadi generasi muda, sewaktu dalam kandungan lagi. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now