Viral model Russia, Diana Korkunova didakwa model lampin pakai buang, jatuh hati dengan Malaysia!

Didakwa model lampin pakai buang, model Russia 'jatuh hati' dengan Malaysia
Mungkin kerana wajahnya yang punya iras gadis Melayu, membuatkan ramai yang percaya dakwaan tersebut.Foto/Instagram Diana Korkunova

NAMA Diana Korkunova tiba-tiba sahaja menjadi sebutan warga media sosial beberapa hari ini.

Semuanya gara-gara dia didakwa bernama Siti Aminah, si comel yang menjadi wajah satu jenama lampin pakai buang, beberapa tahun lalu.

Dalam satu tweet di sebuah akaun Twitter, Korkunova dikatakan berasal dari Parit Buntar, Perak.

Tweet bernada jenaka itu pantas menarik perhatian netizen.

Namun jenaka yang dibuat pemilik akaun Twitter itu akhirnya sampai ke pengetahuan empunya diri yang sebenarnya berada jauh di Moscow, Russia.

Mungkin kerana wajahnya yang punya iras gadis Melayu, membuatkan ramai yang percaya dakwaan tersebut.

Apapun, gadis berusia 20 tahun itu tidak ambil hati malah menerimanya sebagai satu usikan dan jenaka.

Dalam satu status di Twitter, Korkunova berkata apa yang berlaku membuatkan dia mula menyukai Malaysia.

Kerana dakwaan itu, laman Twitter dan Instagram Korkunova yang juga merupakan seorang model, 'diserang' oleh rakyat Malaysia.
Lebih menarik, Korkunova juga dikatakan punya iras wajah pelakon popular, Mira Filzah.

0 comment... add one now