Viral lelaki Singapura pandu gila, punca kemalangan di Plaza Tol Kempas! Lihat kata-katanya...


Sejak beberapa hari lalu tersebar di laman sosial beberapa keping gambar mengenai seorang lelaki warganegara Singapura yang bersikap agak biadap selepas menyebabkan kemalangan beberapa buah kenderaan.

Lelaki ini didakwa telah menyebabkan berlakunya kemalangan di Plaza Tol Kempas selepas dia dikatakan menukar lorong dari kiri ke lorong kanan secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang isyarat.

Tindakannya ini telah menyebabkan empat buah kereta di belakangnya terpaksa brek secara mengejut lalu belanggar sesama sendiri.

Tanpa rasa bersalah dia yang memandu Mercedes Benz bernombor pendaftaran SKN8285M ini telah melarikan diri dari lokasi kejadian, namun berjaya ditahan oleh pemandu lain, selepas Plaza Tol Kempas.

Semasa ditahan ,beliau dengan nada bongkak berkata, "Kalau nak report polis, reportlah. Polis Johor baik dengan saya. Apa you orang boleh buat? Sebab tiada kesan langgar pada kereta dan tiada bukti langgar. You ingat I tak tahu law?!"

Sebentar tadi, pihak Polis Diraja Malaysia Johor telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai kejadian ini.

Menurut pihak polis, saksi-saksi yang terlibat dengan kemalangan berkenaan telah tampil membuat laporan polis.

Mengenai kenyataan lelaki berkenaan berbunyi "Kalau nak report polis, reportlah. Polis Johor baik dengan saya. Apa you orang boleh buat? Sebab tiada kesan langgar pada kereta dan tiada bukti langgar. You ingat I tak tahu law?!" pihak polis menegaskan lelaki berkenaan tetap boleh didakwa walau tiada bukti perlanggaran di keretanya.

"Walaupun tidak terlibat dalam kemalangan, namun cara permanduan yang melulu dan merbahaya, pemandu kenderaan boleh disabitkan di bawah seksyen 42 (1) APJ 1987." 

"Pihak polis tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalulintas," tegas pihak polis.

Hasil semakan pihak polis juga, lelaki berkenaan mempunyai 13 rekod kesalahan jalanraya di mana 12 rekod had laju dan 1 rekod memandu di lorong kecemasan.

Pihak polis menyeru agar pihak yang berkenaan supaya tampil untuk  memudahkan pihak polis menjalankan siasatan, sekiranya mempunyai sebarang maklumat sila hubungi 07-2212999 atau Facebook Polis Johor

0 comment... add one now