Video viral isteri disepak suami di dobi, enggan buat laporan polis!


RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki memukul dan menyepak seorang wanita ketika berada di sebuah premis dobi layan diri kini tersebar di media sosial.

Tidak diketahui lokasi dan tarikh sebenar kejadian, namun melalui perkongsian maklumat netizen, ia dipercayai berlaku di ibu negara.
Menerusi video, suspek dilihat membaling sebuah objek seakan beg yang kemudianya mengenai muka wanita yang dipercayai isterinya itu.

Dia kemudian meluru masuk dengan menyepak bakul baju yang berada dilantai dan terus menendang wanita terbabit yang duduk di atas kerusi.
Namun si isteri langsung tidak melawan dan kejadian itu disaksikan oleh seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak kedua pasangan tersebut.
Setakat ini masih belum ada maklumat susulan mengenai rakaman tersebut dan kami menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta untuk melaporkan kepada pihak polis. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now