Video gempar dengan tahi bintang jatuh menerangi langit Amerika Syarikat


PENDUDUK di sekitar Portland gempar dengan kemunculan dua bebola api yang dilihat melintasi langit negeri Amerika Syarikat itu, pada Selasa lalu.
Memetik laporan media tempatan, bebola api itu kemungkinan besar adalah tahi bintang yang jatuh ke muka bumi.
Fenomena itu secara kebetulan turun berjaya dirakam oleh seorang anggota polis berpangkat Sarjan, Tim Farris menerusi kamera dalam kenderaan pihak berkuasa itu.
Menurut Farris, kejadiaan itu dirakam kira-kira jam 12.50 malam dan ketika itu, dia bersama rakan setugasnya sedang melakukan rondaan untuk menangkap individu yang memandu dengan laju.
Difahamkan, bebola api itu turut dilihat di beberapa negeri Amerika Syarikat antaranya Maine, Vermont, New Hampshire, Massachusetts, Rhode Island, Connecticut, New York, New Jersey, Pennsylvania dan beberapa kawasan di Kanada.
Malah, ada individu yang mendakwa terdengar bunyi ‘boom’ ketika tahi langit itu jatuh.
Sementara itu, Muzium Mineral dan Batu Permata Maine dalam satu kenyataan percaya tahi bintang itu jatuh di kawasan hutan barat laut Maine.
Muzium itu turut menawarkan ganjaran sebanyak AS$20,000 (S$27,500) kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan semula sebahagian tahi bintang tersebut, yang dianggarkan seberat sekurang-kurangnya 2.2 paun (0.99 kilogram). – MYNEWSHUB.CC



0 comment... add one now