Vespa S125 baru dilancar pada harga RM11,954.68

Naza Premira Sdn Bhd selaku pengedar rasmi motosikal Vespa di Malaysia menambah satu lagi model dalam barisan produk mereka iaitu Vespa S125.
Ia adalah model pertama 125cc yang dipasarkan secara rasmi oleh Naza Premira dan mempunyai penampilan seperti model Sprint, dengan lampu hadapan petak, penyerap hentak berwarna merah dan panel meter baharu.
Vespa S125 launch-10
Enjin yang digunakan pada S125 adalah berkapasiti 125cc, empat strok, tiga injap  dan berkuasa 11.6hp/10.7Nm.
Vespa S125 ditawarkan pada harga RM11,954.68 (termasuk GST, tanpa insurans). Pilihan warna adalah Toarnima (oren), Rosso Dragon (merah), Nero Volcano (hitam), Monte Bianco (putih) dan Grigio Titanio (kelabu matte).
Jaminan yang diberikan adalah selama dua tahun, bersama keahlian AAM Bike Assists selama setahun.

0 comment... add one now