Untung! Kini Yuna jadi duta untuk promosi Mitsubishi ASX terbaharu









Yuna, penyanyi, penulis lagu dan ahli perniagaan terkemuka negara akan menjadi duta kepada kempen Mitsubishi ASX terbaharu di dalam kolaborasi antara beliau dan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM).
Yuna sebenarnya sudah memiliki Mitsubishi ASX sejak tahun 2011 di mana Yuna membelinya sendiri tanpa pengetahuan Mitsubishi. Kini, beliau akan menjadi duta kepada satu jenama yang dipercayai beliau, dan MMM akan menggunakan beliau untuk mempromosikan Mitsubishi ASX versi terbaharu yang telah dikemas kini untuk pasaran di dalam negara.
Yuna yang kini menetap di Los Angeles dan baharu sahaja melancarkan klip video pertama bersama penyanyi/komposer masyhur Usher sememangnya seorang personaliti tempatan yang mula menapak dipersada antarabangsa.
Syabas Yuna!

0 comment... add one now