Unik! Tukang gunting India guna mulut potong rambut


SEORANG tukang gunting rambut, Ansar Ahmad mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam meraih kunjungan pelanggan ke salun rambutnya.


Ansar yang berasal dari Jagatganj, India mempunyai kepakaran menggunting rambut pelanggan dengan hanya menggunakan mulut sahaja, suatu yang amat luar biasa.
2
Sebelum ini Ansar sama seperti tukang gunting lain yang memotong menggunakan tangan, namun selepas mengalami kemalangan jalan raya, tangannya sudah tidak cukup kuat untuk melakukan rutin hariannya.
Jadi, sejak tiga tahun lepas, Ansar sudah mula belajar cara-cara mengunting rambut mengunakan mulut bagi menggantikan tangannya itu.
Kedainya malah semakin boom dan mendapat perhatian sejak keunikan yang ditawarkan salonnya itu menjadi buah mulut dalam kalangan orang tempatan.

0 comment... add one now