Unik Jam VR46 TW Steel pilihan terbaik buat peminat permotoran





Anda minat dengan Valentino Rossi? Kini anda berpeluang untuk memiliki satu lagi bahan koleksi unik yang mampu memaparkan minat anda tersebut dan boleh dipakai seharian.
Jam tangan dinamik dengan aksen reka bentuk yang bergaya ini didatangkan oleh TW Steel dengan gabungan DNA jenama dan perlumbaan Yamaha Factory Racing ke dalam setiap model. Semua unsur-unsur digabungkan bersama-sama untuk memastikan koleksi dengan pilihan yang baik kepada peminat pasukan, pelumba dan juga sebagai pengguna yang menghargai rekabentuk kontemporari dan berani dari sebuah jam tangan berjenama besar. Terdapat juga rekabentuk yang memaparkan nama pasukan Yamaha Factory Racing sahaja.
TWsteelWatchOptions
SPESIFIKASI
• Badan Karbon tulen
• gerakan 3-lengan dari Miyota 2115
• penunjuk 24-jam dan paparan tarikh
• kristal mineral bertetulang
• reka bentuk dail Serat karbon dengan logo Yamaha Factory Racing
• penutup belakang keluli dengan logo Yamaha Factory Racing
Pembuat jam Belanda, TW Steel berdiri unik di kalangan pesaing-pesaingnya menumpukan semata-mata kepada usaha-usaha untuk membangunkan dan menerajui pasaran jam tangan, dan ditubuhkan dengan pengenalan koleksi pertamanya pada tahun 2005.
TW Steel, nama yang membawa maksud ‘The Watch in Steel’, telah mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat jam yang berani dan berjenama besar dalam gaya hidup. Koleksinya mencerminkan dan menepati semua citarasa tanpa kompromi dalam rekabentuk atau binaannya.
TW Steel berjaya menggabungkan reka bentuk dan inovasi bagi menawarkan rasa penakrifan keperibadian dengan gaya dan kualiti yang terjamin.
Secara ringkasnya, memakai TW Steel adalah satu pernyataan yang kuat! Ia seolah menunjukkan kepada dunia bahawa sebagai seorang yang berani dan bercita-cita tinggi, anda memakai jam tangan yang mencerminkan keperibadian anda.
TWsteelWatchHand TWsteelWatchBack TWsteelWatch
Maklumat produk
• tali silikon hitam
• Steel pistol bersalut crown & strap
• tahan 10 ATM air
Jam ini boleh didapati dari Gem Five secara atas talian dengan harga RM530.00

0 comment... add one now