Transcend JetDrive Go siri storan khas untuk pengguna iOS


Transcend Information, Inc. (Transcend) menampilkan satu storan khas untuk pengguna iOS, siri Transcend JetDrive Go.
JetDrive Go 300 dilengkapi dengan antara muka SuperSpeed USB 3.1 dan mempunyai kelajuan pemindahan yang luar biasa sehingga 130 MB per minit, yang membolehkan anda memindahkan keseluruhan filem 4GB HD dalam hanya 28 saat.
Direka untuk pengguna perniagaan, JetDrive Go 300 menyokong pelbagai format fail termasuk Office Microsoft, Apple iWork dan Adobe fail PDF, menjadikannya satu cara yang mudah untuk melihat dan memuat turun dokumen penting anda secara langsung dari mana-mana sumber termasuk penyimpanan awan.
SPESIFIKASI:
Berat: 8g
Kapasiti: 32GB, 64GB, 128GB
Warna: Perak dan hitam
Sambungan antara muka: Apple MFI Certified Lightning & USB 3.1 Gen 1 Jenis penyambung A

Sistem fail: FAT32

0 comment... add one now