Top filem-filem seram menarik sepanjang Mei ini



Filem seram manakah yang anda akan tonton bulan ini?

Bulan Mei ini boleh dikatakan bulan yang agak padat dengan pelbagai filem bakal ditayangkan di pawagam.

Malah bulan ini juga merupakan bulan berlangsungnya Festival Filem Perancis yang mana akan menawarkan lebih 10 buah filem menarik dari Perancis untuk penonton tempatan.

Selain dari itu, pelbagai filem dari genre lain seperti aksi,thriller, komedi, romantik turut akan ditayangkan sekaligus untuk memberikan pilihan yang cukup banyak untuk penonton.

Namun bagi peminat filem seram, jangan risau kerana bulan ini juga menawarkan filem genre kegemaran anda yang terdiri dari filem tempatan dan juga antarabangsa.

Oleh itu, Lokman akan menyenaraikan filem-filem seram menarik sepanjang Mei ini!
Filem seram arahan Alberto Marini ini akan memaparkan tentang empat kaunselor dari Amerika yang telah ke Eropah untuk menyertai kem musim panas. Bagaimanapun, perkara tidak dijangka telah berlaku yang mana setibanya mereka di sana, mereka mendapati mereka perlu berdepan dengan satu wabak virus yang tersebar di kalangan kanak-kanak di kem tersebut.

"Summer Camp" yang dibintangi oleh Diego Boneta, Jocelin Donahue, Maiara Walsh dan Andres Velencoso pastinya akan membuatkan ibu bapa teragak-agak untuk menghantar anak mereka ke kem kelak.

Tarikh tayangan: 5 Mei 2016
Harmonika 
Sekiranya anda peminat filem seram tempatan, "Harmonika" adalah filem untuk anda. Ia diarahkan oleh pengarah "Ophilia", Raja Mukhriz, yang juga merupakan Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia ke-27 ini, pastinya menjanjikan sesuatu yang menarik. Malah pengarah juga tampil berani dengan mempertaruhkan barisan pelakon baru seperti Elizad Sharifuddin, Ahya Rosli dan dua pelakon kanak-kanak sebagai peneraju.

Tarikh tayangan: 5 Mei 2016
Bagi peminat filem Bollywood, jangan risau kerana bulan ini juga ada filem seram yang berjudul "1920 London". Ia berkisarkan tentang Shivangi dan suaminya Veer Singh yang telah berpindah ke London untuk memulakan hidup baru. Satu hari, pasangan suami isteri ini menerima satu hadiah pelik dari seseorang di Rajasthan. Sejak dari itu, pelbagai perkara pelik berlaku dan Veer telah jatuh sakit. Keadaannya semakin teruk dari hari ke hari. Shivangi mengesyaki ia mungkin perbuatan ilmu hitam dan suaminya mungkin dirasuk. Dia kemudian pergi ke Rajasthan untuk mencari pertolongan seorang pengusir hantu bernama Jai.

Diarahkan oleh Tinu Suresh Desai, filem ini menampilkan Sharman Joshi, Meera Chopra dan Vishal Karwal sebagai peneraju.

Tarikh tayangan: 6 Mei 2016
Kepada peminat filem seram negara sebarang Thailand, jangan risau kerana bulan ini juga mempunyai beberapa seleksi filem seram, antaranya adalah "Bangkok 13", sebuah filem dari Thailand. Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang mempunyai deria keenam iaitu dia boleh melihat benda-benda paranormal. Perasaan ingin tahu telah membuatkannya menyertai rancangan televisyen yang mana pihak produksi bekerjasama dengannya untuk merungkai 13 rahsia berhantu di Bangkok. Filem arahan Dulyasit Niyomgul ini dibintangi oleh Thanthara Rungruang, Akarin Akaranitimayatharatt dan Thospol Sirvivat.

Tarikh tayangan: 12 Mei 2016
Ini sebuah lagi filem seram dari Thailand yang pastinya akan menjadi salah sebuah filem kegemaran penonton. Ia bermula selepas satu kemalangan tragik yang mana memori Tan telah hilang dan dia hanya ingat namanya sahaja. Pada satu hari, dia menemui sesuatu yang membawanya pulang ke rumahnya. Di sana dia bertemu dengan adik kembarnya Tubtim, yang tinggal dengan Chiwin, janda anak dua, dan Waw, penjaga rumah yang membesarkannya. Sebagaimana Tan mula mengenali mereka, dia mula takut pada mereka dan apabila dia cuba melarikan diri dari rumah, dia tidak berjaya yang mana dia ditarik dengan kebenaran yang menakutkan.

Filem arahan Kongkiat Khomsiri ini menampilkan barisan pelakon seperti Mario Maurer, Wannarot Sonthichai, Peter Noppachai, Soontorn Meesri, Jongjade Watcharanun dan Athipich Chutiwatkajornchai.

Tarikh tayangan: 26 Mei 2016

Sumber - cinema online 

0 comment... add one now