Top Carian paling popular Google Malaysia sepanjang tahun 2015

ASSALAMUALAIKUM...

Google merupakan enjin pencarian nombor 1 di dunia dan juga di Malaysia khusus nya. Pada saya, pada tahun 2015 lepas sahaja, 
carian paling popular google malaysia
Tahun 2015 akan berakhir tidak lama lagi. Jadi, tahu tak kita ,apakah yang rakyat Malaysia cari sepanjang tahun 2015 ini? Apakah topik yang mereka cari ? Adakah cerita-cerita artis? atau gosip?

CARIAN PALING POPULAR GOOGLE MALAYSIA PADA TAHUN 2015 

Saya akan nyatakan top 1 carian di Google Malaysia untuk setiap katergori.Untuk senarai penuh untuk setiap kategori, saya akan sertakan link nya di akhir senarai ini.
 1) Trending – Carian Paling Tinggi / Popular :- #1 [HRMIS 2]
HRMIS 2
HRMIS adalah Human Resouces Management Information System / Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia yang khas untuk kakitangan kerajaan Malaysia sahaja. Sistem ini berfungsi sebagai satu portal setempat dalam pengurusan prestasi,pengurusan rekod peribadi, e-GL , memantau perkembangan prestasi kerja dan sebagainya di sektor kementerian. Dengan bahasa mudah,ia nya adalah satu sistem HR (Human Resource) yang dalam bentuk elektronik.
Layari HRMIS 2 untuk maklumat lanjut.

2) Trending – Carian Popular untuk kategori Orang :- #1 [Lee Kuan Yew]
Lee Kuan Yew
Siapa yang tidak kenal dengan Mendiang Lee Kuan Yew ini. Beliau sangat di hormati di negara jiran, Singapura.Beliau merupakan Perdana Menteri Singapura yang pertama , yang memerintah selama 3 dekad iaitu dari tahun 1959 – 1990. Terlalu besar jasa nya kepada negara Singapura sehinggakan menjadi salah satu negara termaju dari segi ekonomi nya di dunia. Namun, beliau telah meninggal dunia pada 23 March 2015 pada usia 92 tahun.
Rujukan :Wikipedia

3) Trending – Carian Popular untuk kategori Kewangan :- #1 [1 USD to MYR]
Tukaran Matawang Malaysia ke USD
Umum tahu bahawa, matawang ringgit kita begitu lemah jika di banding kan dengan USD. Ini adalah graf kadar tukaran matawang MYR per 1 USD untuk tempoh 1 tahun bermula Januari – 16/Dec/2015. Trend menaik tersebut bermula sekitar bulan Jun dan terus meningkat dari bulan ke bulan. Nilai tukaran paling tinggi di catatkan adalah pada 29/Sept/2015 di mana 1 USD = MYR4.458. Ini antara berita paling hangat pada rakyat Malaysia untuk tahun 2015 ini.
Rujukan Graf : XE.com

4) Trending – Carian Popular untuk kategori Model Kereta :- #1 [Honda HRV]
Honda HRV
Kereta idaman ramai untuk tahun 2015 termasuk lah saya. Ini adalah SUV dari Honda di dalam harga lebih murah berbanding “abang”nya iaitu Honda CRV . Harga Honda HRV ini bermula dari RM98,690 untuk variasi 1.8L S. Jadi, tidak hairan lah,model kereta ini mendapat carian paling popular Google Malaysia untuk tahun 2015.
Untuk Review Penuh Honda HRV, sila rujuk :-  Paultan.org

5) Trending – Carian Popular untuk kategori Peranti Mudah Alih :- #1 [iPhone 6S]
iphone-6S-gold
Jenama yang semestinya menjadi buruan peminat gadget di seluruh dunia.Setiap kali versi iPhone terbaru keluar,pasti peminat gajet Apple ini sudah mula mengira-ngira bajet serta tak sabar untuk menantikan pengumuman jualan model iPhone tersebut.Jadi,tidak hairan lah, jika ada yang sanggup beratur panjang / tidur di depan pejabat jualan Apple semata-mata ingin menjadi  orang terawal memiliki gajet premium ini. Bak kata orang, siapa yang guna Apple iPhone 6S nie, memang nampak bergaya lagi mewah. Betul ker? Saya guna phone Andriod biasa jer.. 🙂
Nak Beli Sebiji Apple iPhone 6S ,sila tekan sini :- Apple Store Malaysia

6) Trending – Carian Popular untuk kategori Permainan :- #1 [Agar.io]
1_agario
Agar.io menjadi permainan online yang paling popular orang Malaysia cari di Google. Ia adalah jenis permainan “multiplayer action game” yang boleh di main dengan rakan-rakan mahupun sesiapa di seluruh dunia. Agai.io di bangunkan oleh Matheus Valadares dan nama ‘Agar’ tersebut di ambil dari perkataan Agar iaitu sejenis bakteria kultur. Pemainan ini boleh di muat turun secara PERCUMA di Google Play Store atau di Apple Apps Store.
Rujukan : Wikipedia

7) Trending – Carian Popular untuk kategori Filem :- #1 [Fast & Furious 7]
Fast Furios 7
Saya antara peminat tegar filem Fast & Furious dari FF 1 – FF 7 ini. Filem ini antara filem yang paling di tunggu-tunggu untuk tahun 2015 🙂 . Menurut Dailymail.co.uk,filem Fast & Furious 7 ini telah mencatat kutipan tayangan sebanyak lebih USD 1 Billion di seluruh dunia dalam tempoh masa 17 hari sahaja. Filem ini juga antara filem paling berjaya buat syarikat Universal Studio selepas Titanic (1997), Avatar (2009) dan Transformers: Age of Extinction (2014).Jadi, sudah pasti topik ini menjadi carian paling popular Google Malaysia untuk tahun 2015.

8) Trending – Carian Popular untuk kategori Pertandingan Sukan :- #1 [Sukan Sea 2015]
Sukan Sea 2015 Singapura
Sukan Sea ke-28 (2015) telah di lansungkan di Singapura dari 5 sehingga 16 June 2015. Sukan ini adalah sukan paling berprestij di Asia Tenggara. Sukan ini akan menghimpunkan atlet-atlet yang terbaik dari Asia Tenggara. Tahniah buat pasukan atlet Malaysia apabila berjaya membawa pulang 186 pingat (Emas: 62 , Perak: 58 ,  Gangsa: 66 ). Untuk sesi Sukan Sea kali-29 (2017), Malaysia di beri tanggungjawab selaku tuan rumah untuk sukan paling besar di Asia Tenggara ini. Terima Kasih Singapura , Selamat Datang ke Malaysia 2017.

9) Trending – Carian Popular untuk kategori Carian Berita :- #1 [QZ8501]
Air-Asia-Flight-QZ8501-Fuselage
Nahas yang melibatkan pesawat Air Asia Indonesia , QZ8501 ini menjadi carian paling popular Google Malaysia untuk tahun 2015. Pesawat ini terlibat dalam nahas udara pada 28/September/2014 di Laut Jawa yang mengorbankan ke semua 155 orang penumpang berserta anak kapal. Menurut laporan, nahas ini di sebabkan oleh cuaca buruk semasa kejadian.Pesawat ini dalam penerbangan dari Surabaya ,Indonesia ke Singapura. Takziah buat semua keluarga mangsa .

10) Trending – Carian Popular untukkategori Laman Berita :- #1 [Malaysiakini]

Malaysiakini Portal Berita Malaysia
Laman berita Malaysiakini.com menjadi laman berita yang mencatat carian paling popular Google Malaysia untuk tahun 2015. Portal ini membawakan berita-berita terkini yang terjadi di Malaysia khusus nya.

11) Trending – Carian Popular untukkategori Laman Membeli Belah :- #1[Lazada]
Lazada Malaysia
Tidak perlu di perkenalkan lagi kerana Lazada merupakan laman membeli belah dalam talian yang paling popular di Malaysia saat ini. Lazada menawarkan konsep membeli belah dalam talian yang mudah, cepat dan di percayai. Pelbagai barang idaman anda boleh di dapati di sini dengan harga yang berpatutan dan berjenama. Lazada juga memudahkan anda membeli belah melalui smartphone dengan aplikasi yang boleh di muat turuan dari Google Play Store dan Apple Apps Store.

12) Trending – Carian Popular untukkategori Destinasi Percutian Tempatan :- #1 [Langkawi]
helang pulau langkawi
Destinasi percutian dalam Malaysia yang mendapat carian paling popular Google Malaysia untuk tahun 2015 adalah Pulau Langkawi. Ini merupakan destinasi pilihan ramai yang saya pasti, setiap orang di Malaysia mesti mengetahui Langkawi ini. Kami sekeluarga pernah bercuti di Pulau Langkawi ini pada tahun 2013. Pantai nya yang cantik, udara yang nyaman, tempat-tempat bersejarah dan pelbagai tempat yang menarik di Pulau Langkawi ini. Jadi, ia oasti menjadi pilihan no.1 rakyat Malaysia apabila merancang untuk bercuti di dalam negara.
Untuk senarai penuh carian paling popular Google Malaysia 2015, sila rujuk laman Google Trend Malaysia
Kredit - azlanyussof 

0 comment... add one now