Top 10 terowong bawah tanah yang paling unik dan popular di dunia

Terowong merupakan laluan yang bawah tanah dengan bukaannya hanya di kedua-dua belah penghujung terowong tersebut. Terowong dibina dengan mengorek di dalam tanah. Sesebuah terowong boleh jadi laluan pejalan kaki, laluan basikal atau motosikal, terowong jalan raya atau lebuh raya, terowong keretapi, ataupun laluan air.
Tunnel

Tapi tahukah pembaca sekalian terowong-terowong di dunia yang sangat popular kerana keunikan dan sejarahnya? Jom kita baca..

Taman Negara Gunung Mulu
Miri, Malaysia
Taman Negara Gunung Mulu

Taman Negara Mulu adalah sebuah kawasan “World Heritage Site” di Sarawak yang terletak 110 km di Barat Miri. Dipercayai sistem gua yang terpanjang di dunia, Taman Negara Mulu megah dengan keluasan Gua Sarawak Chamber yang boleh menyimpan 40 buah boeing 747. Dengan usia lebih dari 5 juta tahun, Taman Negara Mulu juga dipercayai adalah gua tertua di dunia.

Terowong G-Can 
Tokyo, Japan
Terowong G-Can

Terowong G-Can di Jepun asalnya dibina untuk melindungi Jepun dari serangan banjir besar. Bermula pada tahun 1992, terowong dengan 50 meter lebar dan enam kilometer panjang ini semakin berkembang. Sehingga kini ia semakin terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Jepun. Di dalamnya terdapat 78 pam enjin kuasa kuda dan 59 tiang besar.

Terowong Cu Chi
Vietnam
Terowong Cu Chi

Terowong Cu Chi, di Vietnam pada mulanya digunakan oleh Viet Cong sebagai tempat kediaman, hospital dan kawasan penyimpanan semasa Perang Vietnam. Setelah ditinggalkan, terowong sepanjang 120 kilometer kini beroperasi sebagai "war memorial". Banyak kesan-kesan sejarah perperangan ada disini.

Lombong Garam Wieliczka
Krakow, Poland
Lombong Garam Wieliczka

Lombong Garam Wieliczka, di selatan Poland, telah beroperasi sejak abad ke-13 sehingga 2007. Hanya 2% daripada keseluruhan lombong sepanjang dua batu ini dibuka kepada orang ramai.

Catacombs Paris
Perancis
Catacombs Paris

The Catacombs of Paris adalah salah satu daripada tempat-tempat pelancongan yang agak menyeramkan. Kubur bawah tanah ini mengandungi rangka-rangka manusia yang telah dikebumikan di sini di antara tahun 1785 dan 1860, apabila tanah perkuburan di bandar tersebut penuh.

Terowong Shanghai, Portland
Oregon, Amerika Syarikat
Terowong Shanghai, Portland

Terowong Shanghai adalah salah satu terowong bawah tanah yang menghubungkan beberapa basement bar dan hotel di sepanjang Sungai Willamette. Sebelum tahun 1800, ia digunakan untuk menghantar barang dari kapal-kapal yang berlabuh di sini. 

Mary King's Close
Edinburgh , Scotland
Mary King's Close

Mary King's Close pada asalnya bukanlah sebuah terowong. Ia adalah jalan yang paling sibuk di Edinburgh sehingga tahun 1645 apabila satu wabak menyerang Edinburgh. Untuk menghalang wabak daripada berjangkit, sebahagian penduduk yang diserang penyakit di kuarantin disini. Menurut cerita, kebanyakan mereka dibiarkan mati di sini. Setelah itu timbul pelbagai cerita seram. Ianya dibuka semula dan didiami sehingga 1753, apabila ramai penduduk akhirnya diusir untuk memberi laluan kepada bangunan baru yang dibina di atas jalan lama tersebut.

Seattle Underground
Washington, United States 
Seattle Underground

Apabila the Great Seattle musnah dalam kebakaran pada tahun 1889, Ketua majlis perbandaran pada ketika itu memutuskan untuk membina semula underground ini di kawasan yang lebih tinggi yang tidak terdedah kepada banjir. The original Great Seattle akhirnya menjadi kawasan terbiar yang agak menyeramkan.

Cappadocia
Turki
Top 10 Terowong Bawah Tanah Paling Popular Di Dunia

Cappadocia asalnya merupakan sebuah bandar bawah tanah yang paling padat di Turki. Kawasan ini dipercayai telah didiami sejak abad ke-8 SM. 

Coober Pedy
South Australia
Coober Pedy

Nama bandar ini dikatakan berasal dari sebutan salah satu suku Orang Asli yang bermaksud "orang putih dalam lubang." Oleh kerana suhu di luar yang mencecah sehingga 120 darjah, kebanyakan penduduk tinggal di rumah bawah tanah yang diukir cantik. 

Kredit - sentiasapanas 

0 comment... add one now