TMJ kata saya bukan pengganas, dakwa polis 'curi dengar' perbualan telefon!

Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan, menuduh pasukan polis Cawangan Khas memantau pergerakan baginda dan sultan Johor, termasuk 'mendengar curi' perbualan telefon. ― Foto Bernama   Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan, menuduh pasukan polis Cawangan Khas memantau pergerakan baginda dan sultan Johor, termasuk 'mendengar curi' perbualan telefon. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 11 Mei ― Tunku Mahkota Johor tidak senang dengan tindakan polis yang didakwa memantau pergerakan baginda dan sultan Johor, termasuk "mendengar curi" perbualan telefon. 
Dakwaan mengejutkan itu dinyatakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu keratan wawancara seperti dimuatkan di laman rasmi Facebook kelab bola sepak milik baginda Johor Southern Tigers hari ini. 
"Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh Cawangan Khas.
"Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di Bukit Aman. Saya adalah seorang pemimpin yang prihatin terhadap rakyat saya. 
"Saya bukannya pengganas. Saya tidak berbahaya," kata putera sultan Johor, yang dikenali sering mengeluarkan kenyataan terbuka dan terus-terang. 
"Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali membunuh bola sepak Malaysia."
Pemilik kelab Johor Datul Ta'zim (JDT) juga mengulas perkembangan pasukan itu yang bakal berdepan dengan PKNS pada pertandingan akhir Piala FA di Shah Alam, Sabtu ini.
"Tidak ada apa-apa [harapan]. Berada di perlawanan akhir sudah dianggap satu pencapaian. Jika kami menang, bagus. Jika kami tewas, cuba lagi," kata baginda. 
Mengulas jumlah penyokong JDT yang selalu dianggap kelebihan pasukan tersebut, baginda menjawab: "PKNS menewaskan Perak dengan kehadiran penyokong yang sedikit. 
"Apabila JDT menewaskan South China di Hong Kong, juga dengan sokongan penyokong yang lebih rendah. Jadi, ia tidak mendatangkan apa-apa perbezaan."
Malay Mail Online sedang mendapatkan reaksi polis berhubung kenyataan Tunku Ismail ini. 

0 comment... add one now