Tips untuk atasi gangguan aviophobia ketika menaiki pesawat


Aviophobia, sejenis fobia dikaitkan dengan kegelisahan atau cemas ketika menaiki pesawat.
Masalah ini bukan sekadar menimbulkan kegelisahan tapi mampu memberi kesan negatif kepada kerjaya penghidapnya kerana tidak dapat menaiki kapal terbang walaupun atas tuntutan kerja.
Mungkin mereka yang kali pertama menaiki pesawat berkongsi perasaan gelisah sama, namun penderita aviophobia biasanya akan mengalami masalah lebih kronik dan melampau sehingga mengganggu emosi.
Saya kongsikan tips untuk atasi gangguan aviophobia ini.
Pilih tempat duduk sesuai
Pastikan kamu memilih tempat duduk dengan membuat tempahan awal. Cara ini untuk mengelakkan mendapat kekosongan tempat duduk yang tidak sepatutnya dan mungkin akan membuatkan kamu gelisah dan cemas. Oleh itu, sebaik-baiknya pilih tempat duduk di barisan hadapan
Hindari melodi rancak
Koleksi lagu kegemaran menjadi peneman sewaktu berada dalam kapal terbang. Seelok-eloknya, muzik yang lembut lebih sesuai untuk berikan ketenangan, sekali gus memastikan diri kamu sentiasa bertenang.
Tarik nafas
Untuk mengelak rasa tidak selesa dan cemas, cuba lakukan latihan pernafasan.
Caranya, mulakan dengan menutup mata dan tarik nafas dalam. Tahan seketika dan kemudian hembus perlahan-lahan.
Ulang beberapa kali jika perlu untuk hilangkan rasa gementar.
Maklumkan kepada kru
Kamu mengalami aviophobia dan lebih baik sekiranya fobia ini diketahui oleh orang ‘penting’ dalam pesawat.
Maklumkan kepada kru mengenai masalah ini kerana mereka pasti mempunyai teknik menenangkan kamu sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
Sibukkan diri
Semasa kapal terbang berlepas, mulalah rasa gelisah dan sebagainya. Untuk elakkan hal ini, cuba baca majalah yang disediakan ataupun berbual dengan penumpang lain mengenai topik santai yang menarik perhatian kamu.
Elak berfikir bukan-bukan
Mungkin pada masa ini kamu akan mula berfikir bagaimana corak perjalanan yang dikendali juruterbang.

Namun, ia hanya membuatkan kamu cemas. Sebaliknya, cuba bayangkan keindahan lokasi yang bakal kamu kunjungi nanti!

0 comment... add one now