Tips panduan membeli rumah pertama anda

hom
Semua orang mahu rumah sendiri.
Namun awas, pastikan kita membelinya secara rasional.
Maklumlah pembelian rumah adalah pembelian yang paling besar dalam hidup bagi kebanyakan orang. Walaupun kita mahu rumah sendiri, tidak bermaksud kita perlu sampai bergolok gadai.
Tips # 1 Pastikan Ada Pendapatan Tetap
Orang yang mampu beli rumah tunai dapat dikira dengan jari.
Jadi, suka tidak suka kita perlu berhutang dengan bank sehingga 20-30 tahun. Kepada yang bekerja makan gaji, hal ini lebih mudah.
Kepada yang buat bisnes sendiri ini panduan asas:
  1. Daftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Bukan akaun bank atas nama perniagaan tersebut.
  3. Pendapatan perniagaan dimasukkan dalam akaun tersebut.
  4. Pendapatan dari akaun peribadi sebagai dokumen sokongan (jika ada)
  5. Jika ada bayar EPF, cukai itu semua dapat dijadikan dokumen sokongan.
Kalau masih pelajar, suri rumah, penggangur terhormat tapi ada duit banyak dalam bank ?
Jika sekadar ada simpanan tetapitidak ada bukti pendapatan yang betul, maka sukar untuk bermula. Sila mula dokumenkan sumber pendapatan dengan bersistematik.
Tips # 2 Kira Kelayakan Pembiayaan Rumah
Selepas kita mempunyai pendapatan tetap, kita mesti ukur baju di badan sendiri.
Bank kira kelayakan kita berdasarDebt Service Ratio (DSR). Sekitar 70% (bergantung bank). Lagi rendah DSR lagi senang nak dapat pembiayaan. Saya petik blogabangensem:
DSR = Jumlah semua instalment hutang-hutang korang / Jumlah income korang X 100%
Contoh : Hutang kereta (RM500) + Hutang rumah (RM400) + Hutang kad kredit (RM50) + Hutang ASB Loan (RM50) / Gaji Tetap + Part-time (RM5K) X 100% = 20% (masih di bawah DSR 65%)
TAPI KALAU
Hutang kereta (RM500) + Hutang rumah (RM1K) + Hutang kad kredit (RM1.5K) + Hutang personal loan (RM1K) / Income (RM5K) x 100% = 80% (> DSR 65%), elok korang lupakan je la hasrat korang nak tambah loan lagi melainkan :
Korang tambahkan income korang
Korang reducekan jumlah hutang korang tu
Tips # 3 Kalau Ada Pendapatan Sampingan Lagi Bagus
Elaun dari suami.
Dividen & bonus.
Pendapatan bisnes sampingan.
Pastikan kesemua pendapatan sampingan ini dibuktikan melalui akaun bank. Bukti yang paling kuat adalah rekod cukai pendapatan. Jadi, kita ada pilihan untuk membeli rumah yang lebih mahal yang berada di lokasi yang lebih baik.
Tips # 4 Pakai Kad Kredit
Sedih tapi benar.
Sila mohon kad kredit dari sekarang. Hanya untuk mula membina laporan kredit kita. Bukan gunakan kad tersebut untuk berhutang sesuka hati. Kita dapat menggunakan kad kredit tersebut untuk pembelian petrol dan kita langsaikan kesemua hutang tersebut pada setiap hujung bulan.
Bank lebih mudah beri pembiayaan kepada orang yang ada rekod berhutang dengan bank. Jadi, mula lah berhutang secara kecil-kecilan seperti menggunakan kad kredit. (sob… sob…)
Tips # 5 Mempunyai Simpanan Sehingga 20-30% Dari Harga Rumah
Bank hanya beri sehingga 90% dari harga rumah.
Jadi jika rumah yang kita mahu harganya RM 300,000 maka kita perlu bersedia mempunyai wang tunai sehingga RM 60,000. Jika duit simpanan tidak cukup, maka sebagai pencarum KWSP kita mempunyai pilihan untuk mengeluaran duit KWSP dalam akaun 2.
Tips # 6 Beli di Lokasi Yang Mempunyai Potensi Sewa Yang Baik
Ini rumah pertama kita.
Barangkali kita ada rezeki yang lebih murah (amin!) pada masa akan datang. Jadi, untuk pembelian rumah seterusnya kita telah mempunyai aset yang dapat kita sewa atau jual. Dan selalunya lokasi yang ada potensi sewa yang baik lebih mudah dijual. Ini semua sangat membantu kita membeli rumah yang lebih besar.
Tips # 7 Beli dari Pemaju Yang Berkredibiliti
Ya benar. Nama pemaju yang ada nama harga rumah mereka lebih mahal.
Namun itulah harga untuk menghilangkan pening kepala di kemudian hari. Masalah seperti rumah terbengkalai, kualiti rumah tak elok dan 1,001 satu masalah yang dapat timbul selepas rumah siap.
Untuk pembelian atas tangan orang lain atau pun subsale, pergi tengok dahulu rumah tersebut.  Pastikan kita berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut dan jika ada kerosakan berbincanglah secara baik dengan penjual.
Tips # 8 Ambil Tahu Kos Yang Mengiringi Pembelian Rumah
Trend semasa hari ini, pemaju banyak menawarkan kos guaman percuma, Memorandum Of Transfer (MOT) percuma dan ada yang nak bagi cash rebate lagi. Ketahuilah, tiada free lunch di dunia. Kos-kos dan pemberian itu sebenarnya dah masuk dalam harga rumah. Pemasangan elektrik, air, cukai tertunggak (jika ada) semua siapa uruskan?
Pengalaman saya beli rumah dapatkitchen cabinet percuma, material yang mereka guna tiada kualiti. Tercabut, terkopak.
Jadi pastikan mendapat penerangan yang penuh dari penjual. Kos-kos yang mereka tanggung dan kos yang kita perlu tanggung sendiri. Berkawan dengan peguam, pegawai bank atau ejen-ejen hartanah untuk hal begini.
Tips # 9 There is no such thing, mesti ambil peguam & bank panel sahaja
Perkara macam ini kita dapat bawa berunding. Proses jual beli mungkin jadi mudah, tapi adakah ianya berbaloi jika berlaku apa-apa di kemudian hari?
Kita nak senang selama 6 bulan atau kepentingan kita terjaga selama tempoh kita duduk rumah tu?
Tips # 10 Baca baca baca !
Baca semua surat tawaran & dokumen perjanjian.
Baca. Baca. Baca. Baca. Baca. Baca. Baca. Baca. Baca.
Cakap memang manis bak gula, tapi apa yang kita tandatangan itulah yang terpakai. Pastikan apa yang dijanjikan sama dengan apa yang ditulis dalam dokumen-dokumen.
Tips # 11 Negotiate negotiate negotiate!
Kalau tak puas hati, bincang.
Kalau rasa benda tu tiada, minta.
Macam kita bakal dapat bonus hujung tahun tapi duit simpanan, KWSP tak cukup nak bayar deposit. Bincang baik-baik.
Rate yang bank bagi tak best. Jangan terus tandatangan, bincang dulu.
Tips # 12 Sentiasa double-check
Betul ke rumah tu dia punya? Waktu jumpa ejen / penjual tu dia ada bawa dokumen tertentu macam salinan geran, salinan S&P, salinan cukai tanah?
Betul ke harga pasaran rumah tinggi macam yang dia sebut tu?
Betul ke freehold? Dan seterusnya.
Tips # 13 Harga rumah murah vs kualiti
Sekali imbas nak rumah murah. Hati dah seronok.
Tapi lepas dah tengok kawasan kejiranan, sekolah anak pun jauh. Masjid dan surau pun tiada. Rupanya kawasan situ selalu banjir pula.
Amacam? Murah atau kualiti, tepuk dada tanya selera.
Tips # 14 Lepas rumah dah siap, cek dulu kerosakan.
Sabar-sabar dulu sebelum buatrenovation.
Pastikan rumah yang dah siap tu tiada bocor sana, crack situ, berlubang ini. Ikut undang-undang kita ada 24 bulan sebelum menerima rumah itu sepenuhnya dan seterusnya buat renovation.
Tips # 15 Kos renovasi
Pastikan kita juga bersedia secukupnya untuk kos-kosrenovation.
Grill, dapur, peralatan dalam rumah. Mahu berhutang lagi?
Kongsi Pengalaman
Sekiranya tuan puan yang ada pengalaman membeli rumah pertama, sila kongsikan tips & pengalaman kalian di ruangan komen ya!
Via - pakdi.net 

0 comment... add one now