Tips mudah baiki gincu patah jadi asal semula!

34
Hehe...tips kali ni saya khaskan untuk wanita...
Mesti stress kan kalau gincu baru je pakai berapa kali lepas tu patah bila terjatuh kan? Kalau gincu anda telah patah, tetapi ia masih dalam keadaan yang baik, ataupun kalau gincu anda cair di dalam kereta, haaa anda memang patut mencuba teknik membaiki gincu ini daripada anda membuangnya.
Ada cara untuk membaiki gincu patah atau cair menggunakan acuan gincu yang membolehkan anda membetulkan semula gincu berbentuk profesional, dan meletakkannya kembali ke dalam tiub twist-up anda sendiri tanpa membuangnya. Rugi kot! Ini merupakan langkah paling mudah untuk menyelamatkan gincu anda, yang saya dapatkan dari laman web wikihow.com. Jom tengok!
  • Sediakan ruang kerja yang bersih. Letakkan juga sekeping tuala kertas pada ruang kerja tersebut.
18
  • Sarungkan sarung tangan nipis.
26
  • Keluar dan asingkan kepingan gincu yang patah.
34
  • Pusingkan bekas gincu sehingga bahagian patah di bahagian dalamnya keluar sebanyak mungkin.
44
  • Ambil mancis ataupun lighter. Dengan berhati-hati, letakkan api yang kecil di pangkal bahagian gincu yang patah. Cairkan sedikit juga pada bahagian gincu yang telah dicabut tadi untuk disatukan semula dengan pangkalnya. Pastikan anda tidak membakar gincu atau mencairkan bekasnya.
53
  • Angkat bahagian yang patah, dan satukan ia secara perlahan-lahan ke pangkal gincu.
62
  • Gunakan pencungkil gigi yang bersih untuk melicinkan bahagian tepi gincu yang telah disatukan.
71
  • Letakkan gincu tersebut di dalam peti sejuk selama setengah jam ataupun sehingga anda nampak ia betul-betul sejuk.
8
  • Buang semua tuala kertas dan kemas ruang kerja anda.
91-1
  • Tadaaaaa……! Sekarang ni gincu anda sudah tersedia untuk digunakan seperti biasa!
102
Sumber dipetik dari wikihow.com 

0 comment... add one now