Tips merawat dan mengelakkan dari bibir kering

bibir-pecah
Bibir kering dan mengelupas sering menjadi masalah kepada kita terutamanya wanita. Ianya boleh bermula dari kekeringan biasa hinggalah melarat menjadi luka. Bibir yang kering boleh mengganggu aktivi harian seperti ketika kita senyum, bercakap malah ketika makan. Disini saya kongsikan tips merawat dan mengelakkan dari kekeringan bibir.
1) Menggunakan Produk Pelindungan
- Pasti anda semua tahu, bibir kita mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis. Jadi, kita seharusnya melindungi ia dari terkena sinaran matahari yang terik dengan menggunakan produk bibir dengan perlindungan SPF UVA /UVB. Jadi, pastikan kita simpan satu didalam beg supaya senang nak bawa ke mana-mana. Kan?
2) Kekal Terhidrat
- Macam mana nak kekal hidrat? Senang je, pastikan kita mengambil sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Selain dari itu, teh hijau juga membantu kita kekal hidrat.
3) Elakkan Menjilat Bibir
- Bibir kita ni kurang berpeluh dan kelenjar minyak menjadikan ia mudah terdedah kepada dehidrasi. Apabila bibir kita kering, kita memang terbiasa untuk menjilatnya. Awas! Ini menyebabkan kekeringan kulit bibir. Jadi pastikan pelembab bibir sentiasa dalam beg kita.
4) Ambil Vitamin
-Pengambilan vitamin itu sangat penting. Antara vitamin yang bagus untuk kita adalah vitamin B, C dan E untuk memelihara bibir . 
5) Makan secara sihat
- Nak bibir yang cantik kenalah menjaga cara pemakanan kita. Diet yang sihat dan seimbang membantu kulit lebih segar dan cantik.
Haaa. Senang bukan? Amalkan tips diatas untuk bibir kelihatan cantik dan sihat. Ucap selamat tinggal pada bibir kering dan pengelupas! :)
Sumber : Fuh.my

0 comment... add one now