Tips jimat duit elak beli cable iPhone baru

maxresdefault-750x422

Tahu tak cable iPhone under warranty hanya boleh diganti selepas pihak berkenaan menyemak dan mengetahui sebab-sebab kerosakan. Jadi, apa kata anda cuba tips di bawah untuk mengelakkan anda dari membeli cable yang baru!
1. Pen
Gunakan pen anda yang sudah habis dakwat itu dengan sebaiknya! Keluarkan spring yang berada di depan pen tersebut dan regangkan. Selepas itu, pusingkan ia dan masukkan ia ke dalam cable iPhone anda. Tidak perlu keluarkan duit untuk membeli yang baru. Jimat duit!
2. Tali Paracord
Tali paracord dikenali juga sebagai gelang survival. Askar US menggunakan tali ini sejak Perang Dunia Kedua. Selain itu, tali ini juga digunakan untuk membuat aksesori seperti gelang, lanyard dan lain-lain. Hanya dengan ikatan yang mudah untuk dipelajari, cable iPhone anda tidak akan mudah rosak.
3. Embroidery Floss
Merupakan 100% benang yang lembut diperbuat daripada cotton. Benang ini mudah untuk didapati, di kedai seperti Daiso! Hanya balut dengan benang tersebut mengikut kreativiti anda, benang ini mampu menjaga cable anda itu!
Tak faham? Okay apa kata anda tengok video di bawah tentang tips untuk menjaga cable iPhone anda:
Sumber : wanista

0 comment... add one now