Tips ingin tubuh langsing & kulit cerah dengan amalkan satu cara ini

cupon_descuento_dietox
Kalau sebut pasal badan yang langsing dan kulit yang cerah, siapa je yang taknak kan? Nak ada impian yang macam tu terlampau senang tapi untuk nak realitikan impian tu tersangatlah susah. 
Haa daripada korang bazirkan duit beli produk yang bermacam-macam tu apa kata korang cuba petua yang nak dikongsikan ni. Belum cuba belum tahu tau! Nanti dah cuba, haa baru tahu!
Hanya dalam beberapa hari je korang boleh mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit cerah dengan amalkan satu cara. Apa caranya? Minum minuman detox yang dibuat dari madu, halia dan leman.
Jom kita baca antara nutrisi yang terdapat dalam setiap bahan ni. Jangan tak percaya pula!
  • Madu : Membantu melunturkan lemak dalam tubuh dan menambahkan tenaga.
  • Halia : Badan sentiasa sihat dan sebagai antioksidan yang baik. Mampu membuat saluran pencernaan sihat dan jauh dari pelbagai risiko kesihatan sepanjang program diet dan detox berjalan.
  • Lemon : Kandungan vitamin C di dalamnya boleh mencerahkan kulit dari dalam dan mampu untuk melunturkan lemak dalam tubuh.
Cara untuk membuat minuman detox:
  • Sediakan air panas, masukkan halia ke dalamnya.
  • Tambah hirisan lemon dan madu secukupnya, kacau dan minum ketika masih panas.

0 comment... add one now