Tips anda perlu lakukan ketika kenderaan terkandas dalam banjir kilat


Gambar sekadar hiasan.
Semalam hujan lebat di beberapa kawasan telah mengakibat banjir kilat. 
Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah hujan yang berterusan tanpa henti selama beberapa jam.
Banyak kereta yang terkandas akibat dari banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur semalam, jadi hari ini saya nak kongsikan dengan anda beberapa tip yang perlu anda lakukan ketika terkandas dalam banjir kilat.
Tip Sebelum Berlakunya Banjir
CiQdXUsVAAAgIM0
1. Alihkan kereta sebelum keadaan menjadi semakin buruk. Letak kereta di kawasan tinggi atau tinggalkan kereta di mana-mana kawasan yang anda rasa selamat.
2. Kalau air tidak melebihi separuh tayar, jalan tu mungkin selamat untuk digunakan cumanya pastikan anda menggunakan gear rendah dan jangan tukar gear, tekan clutch atau tekan brek ketika melalui kawasan air tersebut.Tekan minyak sampailah anda melepasi air dan jaga jarak anda dengan kereta lain.
Tapi sebenarnya merentasi banjir ini ada risikonya, kerana ia boleh membahayakan sebahagian tali kipas dan menyebabkan enjin kenderaan rosak. Jadi hati-hati. Kalau air melebihi separuh dari tayar kereta, berhentikan je kenderaan anda kerana takut enjin mati tersangkut kat tengah-tengah jalan. Kalau tak nak redah langsung pun bagus juga, terpulang kepada anda.
3. Kepada penunggang motor, balut karburetor dengan plastik dulu sebelum meneruskan perjalanan. Kalau paras air bawah betis boleh redah banjir tapi gunakan gear rendah. Tapi kalau air melebihi paras betis, bolehlah tolak motor ke tempat yang lebih selamat dan jangan hidupkan motosikal anda.
Apabila Kereta Sudah Ditenggelami Air
Screen Shot 2016-05-13 at 11.52.32 AM
1. Sekiranya kereta anda sudah ditenggelami air, tunggu sampai banjir kering dulu baru buat pemeriksaan ke atas kereta.
2. Cabut bateri kereta dan jangan sesekali cuba menghidupkan kenderaan anda. Call towing, tarik kereta dan hantar ke bengkel. Biar mekanik yang uruskan, sebabnya kalau anda cuba lakukan sendiri risikonya amatlah tinggi. Wiring kereta juga boleh mengakibatkan litar pintas. Apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer dan sensor yang ada. Jadi, hati-hati!

0 comment... add one now