Terkejut Buaya Sesat ‘Ketuk’ Pintu Rumah Bikin Cemas


SEBUAH keluarga di Florida, Amerika Syarikat mengalami detik cemas apabila terdengar bunyi ketukan kuat di pintu rumah mereka pada pukul 4 pagi, menyangka ada orang yang cuba memecah masuk ke kediaman mereka.
Alangkah terkejutnya apabila mereka dapat melihat sendiri ‘tetamu tidak diundang’ iaitu seekor buaya liar sepanjang 5 kaki (1.5 meter) yang ‘tercegat’ di luar pintu rumah mereka dalam kejadian pada Jumaat lalu.
Buaya Sesat 'Ketuk' Pintu Rumah Bikin Cemas
Pihak berkuasa Tampa dihubungi untuk menangkap buaya yang tersesat itu sebelum diserahkan kepada pegawai Perikanan dan Hidupan Liar untuk dilepaskan ke habitat semula jadinya.
“Saya tidak pernah mengalami kejadian seumpama ini dan hanya melihat ianya berlaku di tempat lain, tetapi bila ianya berlaku pada diri sendiri seolah-olah tidak masuk akal,” kata mangsa, Dyaniqua Lilie.
Difahamkan, kejadian ini ialah kali kedua berlaku dalam tempoh beberapa minggu ini. Awal bulan lalu, seekor buaya juga dilihat merayau-rayau di kawasan kejiranan berhampiran Charleston, Carolina Selatan.
Kejadian itu sempat dirakam oleh Gary Rogers dan anaknya, Daniella Barkley yang tinggal berhampiran.

0 comment... add one now