Terbongkar Raja Arab Saudi taja RM307 juta kempen Netanyahu - Panama Papers

Raja Saudi Taja USD80j Untuk Kempen Netanyahu, Dedah Panama Papers
TEL AVIV: Isaac Herzog, Ahli Knesset (Parlimen) dan Pengerusi Parti Buruh Israel mendedahkan bahawa Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz merupakan pembiaya kempen pilihanraya Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, lapor Almasdar News, semalam.
“Pada Mac 2015, Raja Salman telah mendepositkan USD80j sebagai tanda sokongan terhadap kempen Netanyahu melalui warga Syria-Sepanyol bernama Mohamed Eyad Kayali.
“Wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun sebuah syarikat di kepulauan British Virgin milik Teedy Sagi, seorang bilionair warganegara Israel dan ahli perniagaan yang telah memindahkan jumlah wang itu untuk membiayai kempen PM Israel Benjamin Netanyahu,” kata Herzog dalam petikan daripada dokumen Panama Papers yang telah dibocorkan pada 4 April lalu.
Bagaimanapun, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa niat sebenar Raja Salman mendepositkan jumlah wang yang banyak itu adalah sebagai langkah untuk ‘memujuk’ Israel agar akhirnya mempersetujui perjanjian Keamanan Arab 2001 yang sehingga kini belum berjaya untuk mendapat respon daripada Jerusalem, menurut laporan akhbar Jerusalem Post.

0 comment... add one now