Teleskop Keplar NASA sahkan penemuan 1,284 planet baharu wujud


BERKEMUNGKINAN besar terdapat lebih banyak planet daripada bintang, kata para saintis sekali gus menguatkan harapan penemuan beberapa lagi planet menyerupai bumi.
Teleskop Kepler Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) berjaya menemui 1,284 planet baharu, lebih dua kali ganda daripada jumlah planet yang disahkan ditemui sebelum ini.
Teleskop tersebut telah memantau 150,000 bintang selama empat tahun bagi meneliti jumlah cahaya yang dikeluarkan - kemalapan berkala adalah petunjuk bahawa planet mungkin berada di dalam orbit.
Dari itu, ia mengenal pasti 4,302 exoplanet berpotensi yang mana 1,284 disahkan sebagai lebih daripada 99 peratus semenangnya wujud.
Penemuan itu menjadikan jumlah planet asing yang diketahu kepada 3,200 yang mana 2,325 daripada ditemui oleh teleskop Kepler.
"Sebelum teleskop Kepler dilancarkan, kami tidak tahu sama ada exoplanet adalah jarang berlaku atau biasa dalam galaksi. Terima kasih kepada Kepler dan komuniti penyelidikan, kini kita mengetahui mungkin terdapat lebih banyak planet daripada bintang," kata Pengarah Bahagian Astrofizik Nasa, Paul Hertz.
Exoplanet yang beredar mengeliling bintang di luar sistem solar kita adalah petunjuk untuk memahami potensi kehidupan di angkasa lepas.
Para saintis bekerja dalam projek Kepler percaya mungkin ada berpuluh-puluh bilion planet seperti itu.
Kira-kira 550 planet baharu ditemui dianggap mempunyai komposisi berbatu seperti bumi.
Sembilan daripada mempunyai suhu yang membenarkan air di permukaan, syarat penting untuk kehidupan dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21 planet.
"Ini memberi kita harapan bahawa sesuatu di luar sana iaitu planet lain menyerupai bumi," kata pakar saintis Ellen Stofan.

0 comment... add one now