Teka-teki akhirnya terjawab, Popov pengganti jurulatih Kelantan yang baru!


Teka-teki mengenai pengganti bekas pengendali Kelantan K Devan akhirnya terjawab apabila bekas jurulatih kebangsaan Maldives, Velizar Emilov Popov dilantik untuk menggalas tanggungjawab itu berkuatkuasa pada Khamis.
Pelantikan Popov diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang media di sini petang Khamis.
Popov, dari Bulgaria pernah membimbing kelab di Maldives, New Radiant FC pada 2012-2013 dan dianugerahkan jurulatih terbaik hasil pencapaian luar biasa.
Jurulatih berusia 40 tahun itu berjaya memastikan New Radiant menjuarai liga tanpa kalah pada musim tersebut sekali gus mencatat sejarah baharu kelab berkenaan.
 

0 comment... add one now