Teh Da Hong Pao lagenda dan termahal di dunia, 30 kali ganda harga emas


mynewshub.cc










Teh yang dihasilkan dari kawasan Pergunungan Wuyi, Provinsi Fujian, China ini dikatakan sebagai teh lagenda dunia kerana harganya yang melebihi 30 kali ganda dengan harga emas.

Daun teh Da Hong Pao tumbuh di celahan semak di Pergunungan Wuyi dan teh ini digelar teh lagenda dunia kerana ianya sukar ditemui sehingga menyebabkan harganya melambung tinggi dan hanya boleh dinikmati oleh golongan orang kaya.

“Rupa teh ini seolah-olah ianya lebih sesuai dihidangkan kepada pengemis tetapi dengan harga yang mahal, ia sering dinikmati oleh orang kaya seperti maharaja” kata Xiao Hui, seorang pembuat teh.

Xiao Hui menunjukkan rupa fizikal teh tersebut sebelum ia diproses. Ternyata, apa yang dikatakatan olehnya adalah benar kerana daun teh itu gelap, tidak teratur seperti dedaun teh yang lain.

Menurut Xiao Hui, pada tahun 2002, seorang pembeli yang kaya membayar 180,000 yuan (RM 108,635) hanya untuk membeli 20 gram teh lagenda tersebut.
“Da Hong Pao yang asli sangat mahal kerana daunnya yang asli sangat sukar ditemui dan jenis daun yang kuno sangat berharga, hampir tidak ternilai”. jelas pakar teh, Xiangning Wu.

Bagi negara yang mempunyai budaya menikmati teh sebagai bentuk kesenian selama beratus tahun yang lalu, teh dari China ini telah membuatkan keunikan teh dari negara lain kelihatan sederhana

0 comment... add one now