Teaser filem Kabali dimuatnaik dapat lebih 5 juta tontonan tak sampai 3 hari



Teaser filem Kabali, yang menampilkan lagenda filem Tamil, Rajinikanth telah mendapat lebih 5 juta tontonan dalam masa tak sampai 3 hari ia dimuat naik di Youtube.

Teaser yang berdurasi 1 minit 6 saat itu dimuat naik pada 30 April lepas.

Di dalam video itu, turut kelihatan kelibat beberapa aktor dari Malaysia yang turut sama menjayakan filem tersebut.

Kabali adalah filem mob gangster Bahasa Tamil akan datang dari India.Kabali adalah filem ke-159 Rajinikanth arahan P Ranjith yang memaparkan kisah kehidupan sebenar kumpulan penjenayah (Don) di India. 


0 comment... add one now