Tahukah tempat parkir bertingkat di China diiktiraf terdalam di dunia?



 

Pasti anda pernah dengar tempat parkir bertingkat kan? sistem ini dibina untuk memudahkan lagi pengguna untuk menyimpan kereta mereka dengan lebih selamat.  Di China, sebuah tempat parkir sedalam 19 tingkat dibina dan mampu menempatkan 114 kenderaan.
 

Tempat parkir ini diitiraf sebagai tempat parkir terdalam di dunia dan sistem yang dibina sangat konsisten dan efisien. Kemudahan ini hanya memerlukan pemandu untuk pandu kereta masuk ke dalam lif dan kenderaan anda akan disimpan  di bahagian yang masih kosong dengan selamat.
 

Dekat Malaysia pun dah ada yang mengguna sisitem ini, salah satu negeri yang ada parkir bertingkat ini ialah Kuala Terengganu. Memudahkan pengguna dan anda tidak perlu berasak di tempat yang sesak untuk mendapatkan parkir.

0 comment... add one now