Tahukah perkara untuk atasi 'Monday sickness'?


478_485642441484267_31666159_n
Adakah anda pernah mendengar  tentang ‘monday sickness’ ? Petanda anda mengalami ‘monday sickness’ ialah malas, tidak mahu bangun, tidak mampu memberi tumpuan kepada tugas, bermain permainan dan bukan melakukan kerja terutama pada hari isnin iaitu pada waktu pagi.
Jika anda mengalami gejala tersebut, maka anda berkemungkinan mangsa ‘monday sickness’. Adakah penyakit ini mempunyai penawarnya ? Berabad-abad lamanya, orang di seluruh dunia cuba untuk mencari penawar tetapi mereka tidak dapat menumpai penawarnya. Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila kita menikmati hujung minggu yang terlalu banyak. Perasaan seronok bersantai pada hujung minggu selalunya kekal hingga hari isnin muncul. Satu penyebab juga ialah apabila, kita melihat barangan pada meja kerja penuh dengan kerja yang perlu dilakukan.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dicuba untuk mengurangkan ‘monday sickness’ :
  • Biarpun hujung minggu mempunyai lebih banyak masa, namun ambil masa untuk mendapatkan kembali semangat bekerja. Setkan minda kita untuk berkerja dengan baik dan bersemangat seperti kita berada pada hujung minggu.
  • Memberi ganjaran pada diri sendiri selepas bekerja untuk setiap matlamat yang telah anda capai.
  • Bercakap dengan rakan sekerja anda tetapi tidak terlalu banyak bercakap. Bercakap secara kasualnya membantu menghilangkan ‘monday sickness’ kerana ianya memberi anda satu lagi perasaan seronok.
  • Mendengar muzik
  • Menikmati masa rehat yang secukupnya


In Shaa Allah, keadaan kita akan bertambah jika kita boleh mengubahnya. Mengubah minda kita agar bekerja dengan hati yang ikhlas dan seronok dapat menghilangkan ‘monday sickness’.

0 comment... add one now