Tahukah kucing sebenarnya berisiko kanser, inilah tanda-tandanya?

animals___cats__cute_cat_plays_046860_-750x422
Korang tahu tak kucing dan anjing pun sebenarnya berisiko untuk dapat kanser? Mesti ada yang tahu, ada yang tak tahu kan? Okay nak habaq mai, kanser dikalangan kucing dan anjing juga dianggap pembunuh no.1 di dunia. Banyak simptom kanser pada kucing muncul dengan cara halus dan agak susah untuk detect. Tetapi kalau korang dapat detect petanda-petanda ini, lebih baik korang bawa kucing atau anjing korang cepat-cepat ke veterinar untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
  • Hilang berat badan
Hilang berat badan secara drastik adalah satu tanda besar kepada penyakit kanser. Ini selalunya bagi petunjuk terhadap tumor gastrousus. Bila seekor kucing yang suka makan lepas itu tiba-tiba kurang selera makan, itu petanda yang korang patut kasi perhatian dekat kesihatan dia. Cepat bawa kucing korang ke vet! 
  • Menyorok
Apabila seekor kucing yang manja dan nakal secara tiba-tiba menunjukkan perubahan drastik dengan menyorok dan menghilangkan diri terlalu lama, ia mungkin satu signal yang buruk. Kucing selalunya suka lokasi yang tertutup atau tersorok, tapi kalau dah terlalu lama, mungkin korang patut bawa dia cepat ke klinik! 
  • Cirit-birit
Sebelum ini, cirit-birit tidak dikategorikan sebagai tanda kanser. Tapi kalau dah terlalu teruk, tolong bawa terus kucing korang jumpa doktor! Susah untuk buang air kecil atau besar, darah dalam air kencing adalah antara tanda kanser. Kalau dia kerap muntah tu boleh jadi pembuangan bebola bulu tapi benda itu juga boleh jadi petanda kanser.
  • Hidung berdarah 
Pendarahan hidung adalah satu yang tidak normal. Apatah lagi kalau benda itu terjadi pada seekor kucing yang sudah tua. Ianya boleh jadi kanser pada bahagian hidung. Untuk kucing yang masih muda, benda itu boleh membimbangkan kalau tiba-tiba ada satu objek tersangkut dibahagian liang hidung sebelum menjadi kanser.
  • Perubahan pada bahagian dalam mulut
Kudis, ketulan, bau pelik, pendarahan atau perubahan rona gusi boleh menjadi tanda kanser mulut. Tanda ini sukar untuk dikesan sehingga sudah terlalu lama dibiarkan barulah benda itu dapat dikesan. Cara paling terbaik untuk mengesannya lebih awal adalah melakukan pemeriksaan pada gusi kucing dan berus gigi kucing dengan kerap.
  • Naik berat 
Peningkatan berat badan secara drastik boleh menjadi salah satu tanda kanser. Kalau kucing korang ada masalah makan dan kurang makan tetapi beratnya tetap naik, bawa kucing korang terus ke vet sebelum terlambat.
  • Sakit dan letih
Kalau kucing korang suka untuk bermanja dengan korang lepas itu tiba-tiba berubah dengan suka merengek apabila korang mendukungnya, mungkin ada sesuatu yang tidak kena padanya. 
  • Perubahan pada kulit 
Setiap benjolan atau perubahan pada kulit kucing sebaiknya perlu diperiksa oleh doktor haiwan. Ia boleh jadi kanser dan boleh dirawat kalau dikesan dengan lebih awal. Tolong check kucing korang!
Sumber : wanista

0 comment... add one now